Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Pendidikan Lawrence Wong gesa guru, kakitangan sekolah, jalani vaksinasi

Mar 13, 2021 | 08:36 PM



MENTERI Pendidikan, Encik Lawrence Wong, menggesa guru, pengetua dan kakitangan lain di sekolah agar mendapatkan suntikan vaksin kerana ia adalah cara terbaik melindungi diri mereka dan pelajar mereka daripada jangkitan Covid-19.



Beliau berkata demikian pada ulang tahun ke-65 Sekolah Tinggi Anglican pada Sabtu (13 Mac), tiga hari selepas program vaksinasi nasional diperluaskan kepada lebih 150,000 pekerja di institusi pendidikan, lapor akhbar The Straits Times.



Sesi vaksinasi yang bermula dengan warga emas telah dipercepatkan selepas lebih banyak bekalan vaksin tiba di Singapura. Ia juga diperluaskan kepada lebih banyak kumpulan berisiko tinggi dan pekerja sektor penting termasuk guru.



Mengenai sebab melibatkan guru dalam proses suntikan ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata rancangan memberi suntikan kepada mereka yang mempunyai kontak lama dengan kanak-kanak dan belia itu diperkenalkan kerana tiada vaksin yang disahkan buat golongan di bawah usia 16 tahun.



Sebagai permulaan, mereka yang bekerja di peringkat prasekolah, sekolah nasional, Institut Pendidikan Teknikal dan politeknik boleh mendaftar bagi mendapatkan suntikan masing-masing.



Sekitar 90 peratus guru dan kakitangan Sekolah Tinggi Anglican telah pun membuat janji temu sejauh ini, kata pengetua, Encik Khoo Yse Horng, 54 tahun, yang menanti janji temunya ditetapkan pada 19 Mac.



Sehingga 7 Mac, lebih 596,000 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah ditadbir.



"Bagi kita di Singapura, kita perlu membuat penyesuaian yang sangat sukar sepanjang tahun lalu. Kita akan terus melakukan demikian bagi sebahagian besar tahun ini," kata Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19.



"Mudah-mudahan, kita dapat menarik lebih ramai penduduk di Singapura agar menjalani vaksinasi secepat mungkin dengan kita berupaya melonggarkan beberapa kemudahan dari masa ke masa," ujar Encik Wong lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >