KEDEDUA pemangku menteri baru Kementerian Pendidikan berkata mereka bertekad mahu terus membina laluan yang lebih banyak dan lebih baik bagi warga Singapura memenuhi aspirasi mereka.
Ini akan berterusan sedang sistem pendidikan diperluaskan "dalam kededua skala dan kerumitan", kata Pemangku Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung dan Encik Ng Chee Meng, dalam satu kenyataan bersama kepada fraterniti pendidikan semalam.