Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RESPONS PERTANYAAN DI PARLIMEN

Menteri perjelas kriteria beri tender bazar Raya Geylang

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



TENDER bagi Bazar Raya Geylang Serai dan Penyalaan Lampu Hari Raya 2023 tidak dianugerahkan kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Sebaliknya, Encik Tong menjelaskan bahawa pihak penganjur mengambil kira pelbagai faktor selain harga seperti kepakaran dan saranan pemprograman pembida sempena Ramadan dan Hari Raya.



Seperti pameran perdagangan dan bazar lain yang dianjurkan atas tanah negara, beliau berkata Bazar Raya Geylang Serai dilakukan menerusi proses tender terbuka, di mana pembida yang berjaya perlu mematuhi syarat tender.



Syarat tender itu termasuk memastikan terdapat bekalan utiliti dan kemudahan yang mencukupi dan peruntukan sokongan logistik yang sesuai.



Ini demi memastikan bazar itu dianjurkan dalam persekitaran yang sesuai dan selamat bagi pengendali gerai dan pengunjung.



Pembida yang berjaya itu juga akan menetapkan kadar sewa yang relevan bagi gerai, dengan mengambil kira faktor seperti tempoh dan lokasi acara diadakan, dan jenis perniagaan, berdasarkan kadar pasaran.



"Entiti atau individu yang berhasrat membida gerai akan tahu terlebih dahulu kadar sewa yang dicadang untuk dikenakan serta butiran lain di mana pameran perdagangan atau bazar itu dikendalikan. Mereka kemudian boleh menilai sama ada untuk membida," kata beliau.



Encik Tong berkata demikian di Parlimen pada Jumaat ketika menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Abdul Manap, yang bertanya bagaimana Persatuan Rakyat (PA) memastikan sewa gerai di pameran perdagangan dan bazar yang dikendalikannya dapat dimampui pegerai.



Isu sewa gerai di Bazar Raya Geylang Serai 2023, yang dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS) dan menampilkan 700 gerai, menjadi perbualan baru-baru ini disebabkan harganya yang boleh mencapai sekitar $25,000 bagi sesetengah gerai.



Bazar tersebut diuruskan konsortium yang dibentuk S-Lite Event Support, TLK Trade Fair and Events, dan Enniche Global Trading.



Konsortium itu, dalam satu laporan sebelum ini, berkata kos sewa gerai tersebut adalah dalam kadar sewa pasaran dan mereka telah mengumumkan pada 26 Januari lalu bahawa kadar sewa asas bagi semua gerai di bazar itu adalah daripada $2,000 hingga $19,000.



Encik Tong berkata sebahagian besar pegerai di Bazar Raya Geylang Serai 2023 pernah mengendalikan gerai di bazar sama pada tahun sebelumnya atau di pameran perdagangan lain yang dianjurkan PA atau Persatuan Peniaga. Bahkan, sebilangan besar mengambil lebih daripada satu gerai di bazar itu.



Beliau menambah bahawa meskipun pegerai tidak perlu mengisytiharkan keuntungan atau kerugian yang diperolehi, terdapat bukti anekdot yang menunjukkan sebahagian pegerai bazar telah mendapatkan semula perbelanjaan sewa mereka di pertengahan tempoh bazar itu.



"Ia benar-benar persoalan tentang gerai dan apakah tawarannya, popularitinya dan sebagainya. Dalam mana-mana bazar atau pasar, akan sentiasa ada kelainan dan perbezaan dari segi pulangan gerai," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >