Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen ke China, lawat latihan maritim Asean-China

Oct 21, 2018 | 05:47 PM



MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen akan memulakan lawatannya ke China esok (Isnin, 22 Oktober) di mana beliau akan mengunjungi latihan maritim bersama antara China dan Asean di bandar Zhanjiang di selatan China dan juga menghadiri forum di Beijing. 



Lawatan Dr Ng, yang berlangsung mulai esok hingga Jumaat, mencerminkan sokongan Singapura terhadap usaha penglibatan serantau China dan hubungan pertahanan dua hala yang mesra antara kededua negara, menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini. 



Pada hari Selasa, Dr Ng akan mengunjungi Latihan Maritim Asean-China di Zhanjiang. 



Latihan yang berlangsung dari Isnin hingga Sabtu itu dianjurkan bersama oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Laut Pembebasan Rakyat, dengan penyertaan dari sembilan negara Asean yang lain serta lebih 1,000 kakitangan. 



Dari Zhanjiang, Dr Ng akan ke Beijing untuk menghadiri Forum Xiangshan Beijing yang kelapan, di mana beliau akan berucap pada sesi pertama mengenai topik “Pentadbiran Keselamatan Antarabangsa: Idea dan Pendekatan Baru” pada hari Khamis. 



Dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat dan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa China, forum tersebut menyatukan pemimpin pertahanan, tentera dan hal ehwal luar negara dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan. 



Dr Ng juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin China di Beijing, termasuk Perdana Menteri China Li Keqiang, Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Xu Qiliang, dan Ahli Majlis Negeri dan Menteri Pertahanan Negara Wei Fenghe. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >