Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri Pertahanan S'pura, Aust sambut 30 tahun latihan SAF di Queensland

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan Singapura dan Australia semalam menyambut baik kemajuan mantap dalam pembangunan kawasan latihan di Queensland, Australia, sempena sambutan ulang tahun ke-30 latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di sana.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Menteri Pertahanan Australia, Cik Linda Reynolds, bertemu secara maya bagi memperingati sambutan itu, kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, lapor The Straits Times.



Dalam kenyataan bersama itu, mereka meneguhkan semula hubungan pertahanan dua hala yang semakin berkembang dan komitmen bersama mereka menjadikan wilayah ini aman, inklusif dan berdaya tahan dengan Asean sebagai terasnya.



Pembangunan bersama kawasan latihan dirasmikan di bawah Perjanjian Singapura-Australia mengenai Latihan Angkata Bersenjata dan Pembangunan Kawasan Latihan di Australia, yang ditandatangani kedua-dua menteri itu Mac lalu.



Parlimen Australia mengesahkan perjanjian itu Khamis lalu, kata Mindef.



Perjanjian itu membenarkan SAF mengakses kawasan latihan yang lebih besar di kawasan tengah dan utara Queensland, dan memudahkan pembangunan kawasan dan kemudahan latihan angkatan bersenjata.



Semasa mesyuarat semalam, kedua-dua menteri melancarkan video peringatan menyorot tonggak penting latihan SAF di Kawasan Latihan Shoalwater Bay (SWBTA) sejak 1990.



Mereka berkata permulaan latihan pada tahun itu adalah "acara yang sangat besar pengaruhnya" dalam hubungan pertahanan.



"Latihan berterusan sepanjang tahun-tahun ini adalah manifestasi nyata daripada hubungan mendalam dan berkekalan, yang telah berkembang dalam skala dan jangkauan.



"Hasilnya, ribuan askar Angkatan Bersenjata Singapura dan anggota perkhidmatan negara antaranya berlatih setiap tahun di Kawasan Latihan Shoalwater Bay," kata mereka.



Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan warga Australia atas sokongan kuat mereka kepada latihan SAF di Australia sementara Cik Reynolds meluahkan penghargaan kepada pemerintah dan warga Singapura atas persahabatan dan perkongsian mereka yang lama.



Ketua Pasukan Pertahanan, Leftenan-Jeneral Melvyn Ong, dan Ketua Pasukan Pertahanan Australia, Jeneral Angus Campbell, secara maya mendedahkan plak peringatan di Camp Gowl, yang menempatkan ramai tentera SAF yang berlatih di SWBTA.



SWBTA, yang saiznya sekitar empat kali ganda saiz Singapura, membolehkan laithan pada skala dan kerumitan yang tidak boleh dilaksanakan di Singapura.



Perluasannya - yang dipermudah di bawah perjanjian itu - dijangka selasai pada 2024, dengan kerja pembinaan utama sudah mula dijalankan.



Kawasan Latihan Greenvale yang baru dijangka selesai pada 2028.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >