Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri: Singapura jaga kesejahteraan pekerja asing

Oct 27, 2015 | 11:31 AM



SINGAPURA menjaga kesejahteraan warga asing melalui undang-undang yang melindungi hak asasi mereka dan dengan menyertaikan mereka dalam kesatuan sekerja, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say pada Isnin (26 Okt).


Sebagai contoh, Akta Pekerjaan melindungi hak asasi semua pekerja, termasuk pekerja asing, ujar beliau dalam Forum Tripartisme Antarabangsa (IFT).


Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing pula disesuaikan dengan keperluan khusus mereka.


Mereka juga mendapat manfaat daripada usaha tiga pihak: seperti Pusat Pekerja Asing (MWC), sebuah kumpulan sokongan pekerja, tambah ketua gerakan buruh, Encik Chan Chun Sing, dalam forum itu.


Encik Lim dan Encik Chan berkata demikian semasa memberi respons kepada soalan yang dikemukakan delegasi dari negara yang kerap menghantar pekerja ke Singapura.


"Komitmen kami mengenai cara kami melayan pekerja kami, tempatan mahupun asing, ialah kami tidak akan melakukan kepada orang lain apa yang kami tidak mahu orang lain lakukan terhadap kami," kata Encik Chan, setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Lebih 30 negara, termasuk India, Indonesia, dan Filipina, diwakili di forum itu oleh pegawai pemerintah, pemimpin kesatuan sekerja dan majikan.


Ia dianjurkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), NTUC dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef).


Encik Lim berkata selain perundangan , majikan juga digalak meningkatkan kemahiran pekerja asing mereka melalui sistem levi dua peringkat, yang megenakan majikan kadar cukai lebih rendah jiga mereka menggajikan pekerja berkemahiran tinggi.


Mengambil perhatian kesatuan di sini dibuka kepada semua warga dan warga asing membentuk 15 peratus anggota kesatuan, beliau berkata: "Komitmen saya kepada anda ialah ... kami akan terus mendekati mereka dengan cara yang inklusif."


Mengenai MWC, Encik Chan berkata: "Ia usaha tiga pihak."


"Pemerintah menyediakan sokongan pembiayaan, majikan memberi sokongan pembiayaan, kesatuan menyediakan sokongan tenaga kerja sokongan dan sebahagian pembiayaan, jadi kai semua menyumbang bersama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >