Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri S'pura, India adakan pertemuan meja bundar peringkat menteri

Perbincangan dua pihak meliputi soal keselamatan makanan, keselamatan tenaga, digitalisasi, teknologi hijau dan pembangunan kemahiran
Sep 17, 2022 | 11:21 PM



SEKUMPULAN Menteri Kabinet Singapura dan India telah mengadakan Pertemuan Meja Bundar Peringkat Menteri India-Singapura (ISMR) di New Delhi, hari ini. (17 Sep)



Delegasi Singapura terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Encik S Iswaran.



Delegasi India terdiri daripada Menteri Kewangan, Cik Nirmala Sitharaman; Menteri Ehwal Luar, Dr S Jaishankar; dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan merangkap Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengagihan Awam dan Tekstil, Encik Piyush Goyal.



Dalam kenyataan bersama Kementerian Ehwal Luar (MFA)-Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan, ISMR adalah forum yang dibarisi pemimpin bagi meneroka peluang kerjasama untuk faedah bersama, melihat kepada perkembangan geopolitik yang semakin berubah pesat di fasa pemulihan pasca Covid-19 selain gangguan kepada rantaian bekalan.



"Para menteri mengesahkan hubungan panjang dan saling memanfaatkan antara India dan Singapura, dengan kepercayaan strategik yang mendalam," menurut kenyataan bersama MFA-MTI itu.



Perbincangan antara dua pihak meliputi pelbagai topik meluas, termasuk keselamatan makanan, keselamatan tenaga, digitalisasi, teknologi hijau dan pembangunan kemahiran.



Dalam catatan di Facebook, Encik Wong menarik perhatian akan hubungan diplomatik Singapura-India yang kukuh sejak lebih 57 tahun lalu, yang diperluat dengan ikatan sejarah, budaya dan keluarga.



"Menerusi wadah baharu peringkat menteri ini, kami cuba membawa hubungan dua hala ke satu fasa baharu.



"Bersama-sama dengan menteri kita, kita menikmati perbincangan yang baik hari ini dalam pelbagai bidang dengan potensi kerjasama, termasuk makanan dan keselamatan tenaga, digitalisasi, teknologi hijau dan pembangunan kemahiran.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada India kerana mengundang Singapura ke Sidang Puncak Pemimpin G20 dan mesyuarat di bawah Kepresidenan G20 India pada 2023. Akan menantikan peluang untuk mengadakan perbincangan yang meluas dan saling memanfaatkan dengan pegawai lain dalam masa beberapa hari ini," kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >