Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Menteri Vivian temui Sultan Johor

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Menteri Vivian temui Sultan Johor

Dec 02, 2021 | 09:31 PM

MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan telah menyeberang Koswe ke Johor dalam satu lawatan rasmi pada Khamis (2 Dis), menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Lawatan itu  bertujuan mengesahkan hubungan kukuh sejak sekian lama antara dua negara itu.
Semasa lawatan itu, Dr Balakrishnan telah diundang makan tengah hari oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dr Balakrishnan turut bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, dan kededua pemimpin  itu mengalu-alukan pelaksanaan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat dan udara antara Malaysia dengan Singapura yang dimulakan 29 November lalu.
Sementara itu, Dr Balakrishnan turut memberi keyakinan bahawa Singapura akan terus menyokong usaha Johor menangani pandemik Covid-19.
Menurut MFA, Singapura telah menyumbang sebanyak 100,620 dos vaksin Pfizer-BioNTech yang telah dihantar kepada kerajaan Johor pada Khamis (2 Dis). 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3