Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Katering juadah raya makin popular

Menu tradisional dan malar segar terus diminati

Jun 03, 2019 | 05:30 AM



Permintaan khidmat katering untuk Hari Raya kini semakin meningkat. Jika dahulu ramai yang lebih gemar bergotong-royong memasak hidangan Raya, kini lebih ramai yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering kerana ia lebih mudah dan tidak memenatkan. Wartawan ZUBAIDAH EUSOFF (zeusoff@sph.com.sg) dan MASTURAH RAZALI (mrazali@sph.com.sg) menemu bual beberapa syarikat yang menyediakan khidmat katering untuk Hari Raya yang menjelang



CONTOH KATERING 1: MAMANDA / CONTOH KATERING 2: RUMAH MAKAN MINANG



SELAIN daripada membuat tempahan baju atau kuih Raya, kini lebih ramai yang mengambil khidmat katering makanan untuk sambut Aidilfitri.



Walaupun harga khidmat katering agak tinggi permintaan bagi khidmat itu semakin meningkat.



Menempah makanan adalah pilihan yang lebih memudahkan memandangkan ramai yang sibuk bekerja dan tidak ada masa untuk menyediakan hidangan masakan Hari Raya.



Contohnya, rendang. Ia memerlukan masa yang lama sebelum dapat disajikan.



Pada masa yang sama, menggunakan khidmat katering menawarkan sesuatu kelainan bagi tetamu.



Menurut pengurus Mamanda Catering, Cik Masmunah Abdullah, 48 tahun, permintaan bagi khidmat katering semakin meningkat sekarang jika dibandingkan dengan masa lalu.



"Kami mendapat sambutan yang menggalakkan dan pelanggan tetap kami selalunya terus-terusan mengambil khidmat katering dari kami untuk Hari Raya," tambahnya lagi.



Selain mengambil tempahan untuk malam Raya, Mamanda Kateringan juga turut menyediakan tempahan untuk hari-hari yang lain.



Hidangan yang disediakan daripada buffet Mamanda Catering, antaranya ialah lodeh, lontong, rendang, ayam merah dan sambal udang.



Bagi hidangan malam Raya, Mamanda Catering menyediakan pakej di mana pelanggan boleh membuat tempahan.



Lauk rendang sebanyak sekilo boleh ditempah adalah sebahagian daripada pakej makanan Hari Raya Mamanda Catering.



Harga bagi khidmat katering Mamanda Katering bermula dari $20 hingga $40 untuk seorang.



Mengambil khidmat katering juga lebih mudah kerana ia akan dihantar terus ke rumah pelanggan tanpa perlu ke pasar untuk membeli barangan memasak.



Itu yang dikatakan oleh Cik Umi Sabrina Khamis, 22 tahun, seorang pelanggan yang mengambil khidmat katering untuk beberapa tahun.



"Keluarga saya selalu menggunakan khidmat katering kerana ia lebih mudah dan tidak memenatkan," kata Cik Sabrina.



"Kami tidak perlu bersusah payah ke pasar untuk membeli barang. Mereka hantar terus je ke rumah kami," tambahnya lagi.



Bagi Cik Sabrina, penat lelah memasak sama sahaja jika beliau mengambil khidmat katering.



Selain daripada kemudahan khidmat katering, ramai yang sibuk bekerja juga menjadi faktor mengapa semakin ramai yang mengambil khidmat katering.



"Ahli keluarga saya semuanya sibuk bekerja, tiada masa untuk kami menyediakan hidangan makanan Hari Raya," kata Cik Nursuraya Ahmadiah, 47 tahun.



"Jadi kami mengambil khidmat katering sebab tiada masa dan lebih senang jika ditempah," tambahnya lagi.



Rumah Makan Minang yang menyediakan khidmat katering makanan Nasi Padang juga menyediakan khidmat katering untuk Hari Raya.



Rumah Makan Minang memasukkan 'elemen' Hari Raya kepada hidangan mereka. Rendang, sambal goreng pengantin, serunding, telur sambal tumis adalah sebahagian daripada hidangan yang disediakan.



Terdapat beberapa set menu yang boleh dipilih oleh pelanggan yang ingin membuat tempahan.



Rumah Makan Minang juga dapat melihat peningkatan dalam khidmat katering berbanding tahun-tahun yang lalu.



Itu yang dikatakan oleh Penasihat Penjualan dan Pemasaran di Rumah Makan Minang, Cik Syahidah Zin, 33 tahun.



"Pada 2010, kami lihat peningkatan dalam tempahan khidmat katering kami,"kata Cik Syahidah.



"Semakin ramai yang membuat tempahan berbanding tahun-tahun yang lepas. Kini, semakin ramai yang mengambil khidmat katering," tambahnya lagi.



Dahulu, tidak begitu ramai yang memilih mengambil khidmat katering kerana suka bergotong-royong dan masak beramai-ramai.



Tetapi, sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang mengambil khidmat katering untuk Raya kerana ia lebih senang dan semuanya telahpun disediakan. Daripada pelamin, makanan, pinggan dan macam-macam lagi telahpun disediakan sebahagian daripada khidmat katering yang diberikan.



Harga bagi hidangan katering yang disediakan oleh Rumah Makan Minang bermula daripada $12.50 hingga $25 untuk seorang. Harga tidak termasuk bayaran perkhidmatan.




"Ahli keluarga saya semuanya sibuk bekerja, tiada masa untuk kami menyediakan hidangan makanan Hari Raya... jadi kami mengambil khidmat katering sebab tiada masa dan lebih senang jika ditempah."
- Cik Nursuraya Ahmadiah, 47 tahun.




 "Keluarga saya selalu menggunakan khidmat katering kerana ia lebih mudah dan tidak memenatkan. Kami tidak perlu bersusah payah untuk ke pasar untuk membeli barang. Mereka hantar terus je ke rumah kami.''
- Cik Umi Sabrina Khamis, 22 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >