Menyamar pungut derma: Yayasan jantung buat laporan polis
Feb 22, 2017 | 05:30 AM
YAYASAN Jantung Singapura (SHF) mengingatkan orang ramai agar tidak menderma kepada orang yang didapati telah menyamar sebagai sukarelawan badan amal itu di Bugis Junction.
'Sukarelawan' itu berpura-pura mewakili badan tersebut untuk membantu mengumpul dana bagi pelajar berpendapatan rendah dan bekas banduan. Mereka juga mempunyai pelekat hari bendera SHF.