GRADUAN CEMERLANG POLITEKNIK SINGAPURA: DIPLOMA SISTEM KEJURUTERAAN
Menyerlah dalam bidang kaum Adam
Musim tamat pengajian akan bermula tidak lama lagi di pusat pengajian tinggi. MUHAIMIN SUZAINI (msuzaini@sph.com.sg) dan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) menyelongkar pengalaman pahit manis pelajar Melayu Politeknik Singapura demi mencapai kecemerlangan dalam kursus masing-masing.
May 03, 2016 | 05:30 AM
MINAT terhadap mata pelajaran matematik dan sains di bangku sekolah menengah mendorong Cik Nurfarzana Saini menceburi bidang kejuruteraan di Politeknik Singapura (SP) dalam kursus Diploma Sistem Kejuruteraan (DES).
Walaupun ia merupakan bidang yang lebih banyak diceburi kaum Adam, ia tidak menghambat semangat Cik Nurfarzana, 20 tahun, bekerja keras dan membuktikan keupayaannya.