Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menyorot 50 tahun Muis

Aug 05, 2018 | 05:30 AM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dibentuk setelah Parlimen meluluskan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) pada 1968. Sepanjang lima dekad, Muis telah memberi sumbangan besar kepada pentadbiran kehidupan beragama yang lebih baik bagi masyarakat Islam Singapura, meliputi pengeluaran fatwa, pengurusan sijil halal dan haji serta pengumpulan dan pengagihan zakat. Sempena ulang tahunnya yang ke-50, Muis telah melancarkan buku dalam bahasa Inggeris - 'Fulfilling the Trust, 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore' - yang menyorot secara menyeluruh pembangunan dasar badan berkanun itu. Berikut dipapar antara kandungan buku itu.




"Pengalaman Singapura sebagai sebuah negara adalah unik. Justeru, perjalanan Muis juga dipenuhi dengan dasar inovatif dan pelaksanaan penuh tekad demi mengimbangi keperluan sebuah negara yang deras membangun, penduduk yang pesat berubah dan masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada agama dan tradisinya."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



"Masyarakat asatizah adalah rakan kongsi, sumber dan pelaksana yang amat dihargai. Bakat keagamaan ini memainkan peranan penting di dalam Muis, bukan hanya dalam menghasilkan kandungan keagamaan bahkan juga dalam membangunkan dasar-dasar."
- Dr Mohamed Fatris Bakaram, Mufti Singapura.



"... terdapat aspek yang boleh dipelajari daripada pengalaman masyarakat Muslim Singapura. Seperti masyarakat minoriti Muslim yang lain, ia juga menghadapi cabaran dalam menangani isu identiti kolektif dan bagaimana untuk menjalani kehidupan beragama secara harmoni dalam masyarakat sekular lebih besar yang berbilang agama. Muis, sebagai badan berkanun yang mentadbir ehwal keagamaan Muslim di Singapura, memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan harmoni dengan semua pihak berkepentingan."
- Encik Mohammad Alami Musa, Presiden Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >