Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menyusuri sambil menikmati pembangunan Sungai Singapura

Dec 02, 2017 | 05:30 AM



Sempena ulang tahun Berita Harian yang ke-60, akhbar ini telah menganjurkan Jejak Sungai Singapura yang membawa orang ramai mengenali dan memahami pembangunan di sekitar sungai penuh sejarah itu. Kelmarin, NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) telah membawa sembilan peserta mengunjungi tempat-tempat penting lagi bersejarah di sekitar Sungai Singapura, khususnya di Clarke Quay. Peserta turut diberi penerangan mengenai usaha membersihkan sungai yang dijalankan 40 tahun lalu di Pameran BH60 - Kenangan di Sungai di Merchant Court Hotel. Berikut kami paparkan gambar yang diambil di beberapa tempat yang dikunjungi peserta Jejak Sungai Singapura.



SERAMAI sembilan orang daripada pelbagai kaum dan usia dibawa mengunjungi beberapa tempat bersejarah di sekitar Sungai Singapura oleh wartawan Berita Harian kelmarin.



Jejak Sungai Singapura itu, yang dianjurkan bersama Lembaga Warisan Negara (NHB), adalah sebahagian daripada kegiatan Pameran BH60 - Kenangan di Sungai yang berlangsung selama lima hari sejak Ahad lalu.



Jejak tersebut, yang berlangsung selama satu jam, berakhir di Merchant Court Hotel di mana peserta diterangkan lebih lanjut mengenai pembersihan besar-besaran yang dilakukan ke atas Sungai Singapura sekitar 40 tahun lalu.



Peserta yang menyertai jejak itu termasuk suri rumah, pelajar sekolah menengah dan datuk berusia 80 tahun.



Perjalanan peserta bermula sekitar 3 petang di kawasan Clarke Quay, dengan destinasi pertama ialah bekas Dewan Perubatan Thong Chai yang dibangunkan pada 1892 bagi menyediakan rawatan perubatan Cina percuma.



Mereka kemudian berjalan kaki ke Masjid Omar Kampong Melaka yang dibina pada 1820 dan merupakan antara masjid lama di Singapura.



Seterusnya, peserta mengunjungi Kuil Tan Si Chong Su sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Singapura dan bergambar di Jambatan Read.



Cik Maimoon Mahmood, 70 tahun, yang menyertai jejak itu bersama suami dan cucunya masih ingat keadaan Sungai Singapura yang sibuk dan kotor sekitar tahun 1970-an.



"Saya memang tak boleh lupa kenangan di Sungai Singapura ini. Saya ingat dulu banyak tongkang keluar masuk dan di Boat Quay ada banyak kedai di tepi-tepinya. Walaupun dulu saya tinggal di Bukit Ho Swee, saya suka ke pasar di sini kerana semua barang murah," singkap Cik Maimoon.



Bagi suri rumah, Cik Asiah Ahmad, 53 tahun, Jejak Sungai Singapura telah membawanya kembali ke tahun lampau semasa beliau bekerja sebagai kerani di bank HSBC.



"Pada waktu itu saya biasa makan di gerai-gerai di Boat Quay dan kita duduk betul-betul di tebing sungai," kata Cik Asiah yang menyertai jejak itu bersama empat anggota keluarganya.



Anak saudaranya, Nur Sakinah Aqilah Muhammad Yazid, 14 tahun, yang turut serta berkata dia bersyukur Sungai Singapura kini bersih dan dapat digunakan bagi pelbagai kegiatan.



"Saya menyertai kegiatan ko-kurikular (CCA) berkanu dan telah meraih manfaat daripada sungai yang bersih yang sesuai buat saya berlatih," kata pelajar menengah dua itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >