Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meracau... merepek... terkinja-kinja... REBAH

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



BARU sedut dengan hanya tiga tarikan nafas beliau sudah mula meracau, merepek dan terkinja-kinja.



Melihatkan keadaan Azmir (bukan nama sebenar), dua rakannya segera manahan teksi dengan tujuan membawanya pulang ke Bedok.



Sesampai di kolong blok, mereka memapah Azmir yang tidak lagi bermaya sebelum rebah ke lantai.



Ambulans yang berkejar ke tempat kejadian terus membawanya ke hospital namun beliau dibenarkan pulang keesokan paginya.



Akibat mushroom juga, kededua rakannya telah mencopet telefon bimbit dan dompetnya yang berisi $600 seiring pelbagai dokumen peribadi ketika beliau lepak sekitar sejam dan hanya sedar selepas dimasukkan ke hospital.



Azmir, 47 tahun, berkongsi pengalaman itu selepas beliau mencuba sebatang tembakau gulung yang diberikan kededua rakannya itu ketika mereka bertemu dekat kawasan lampu merah di Geylang Road Februari lalu.



Dia tidak serik meskipun beliau sedar tembakau gulung yang dihisapnya itu dipercayai telah disembur dengan bahan-bahan psikoaktif baru atau New Psychoactive Substances (NPS) .



Azmir yang telah empat kali keluar masuk Pusat Pemulihan Dadah (DRC) dan tiga kali menjalani tahanan bagi tempoh lebih lama di penjara kerana mengambil dadah, terus 'melekat' pada mushrooom yang menurutnya memberi keseronokan hingga membawa rebah.



Namun, selepas hampir dua bulan mengambil mushroom dengan belanja lebih $2,000, perasaan takut mula mencerutnya apabila terbaca berita mengenai langkah pihak berkuasa menyertakan NPS sebagai dadah terkawal Kelas A.



Langkah itu bermakna Azmir dan penagih mushroom boleh diberkas - sama seperti kesalahan mengambil heroin, ganja, Ice dan ketamin.



Namun, hanya selepas empat hari menjauhi mushroom, Azmir 'naik loktang'.



Dia melompat-lompat seperti kera dan mula berhalusinasi - seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan fikiran.



Semuanya gara-gara pengambilan dadah.



Dia tidak sedar apa yang dilakukan. Badannya menjadi panas umpama terbakar dan otaknya 'terasa kering'.



Bimbang dengan keadaannya itu, abang ipar menghantar beliau ke Institut Kesihatan Mental (IMH) di mana dia dirujukkan ke sebuah hospital.



Selepas 15 hari dirawat di hospital, dia dirujukkan semula ke IMH untuk menjalani sesi khidmat nasihat dan kaunseling.



"Saya dah insaf kerana kesan mushroom sangat dahsyat... bukan khayal atau berdengung seperti selepas hisap heroin tetapi kita terloncat-loncat, tidak sedar apa yang dilakukan dan nampak benda-benda yang seolah-olah menentang kita.



"Orang jalan kita ingat CNB (pegawai Biro Narkotik Pusat) datang nak tangkap kita dan bunga rampai kita ingat itu mushroom.



"Badan rasa macam terbakar dan otak macam dah kering!" singkap Azmir, yang diterima masuk ke rumah tumpangan bagi menjalani pemulihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >