MERAI SEMANGAT DAN DAYA TAHAN WANITA, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

MERAI SEMANGAT DAN DAYA TAHAN WANITA

Mar 09, 2021 | 05:30 AM

PEJUANG ASAS KELUARGA KUKUH 

Keluarga dan wanita memang sudah sinonim. Ini lebih-lebih lagi bagi Dr Elly Sabrina Ismail, sebagai anggota Majlis Keluarga Sepanjang Hayat. Sejak dulu lagi, nilai kekeluargaan sudah tersemat dalam jiwa doktor keluarga berusia 50 tahun itu. Maka itu, perjuangannya untuk menggalak asas keluarga yang utuh, bukan sesuatu yang asing bagi dirinya. Ibu kepada dua anak itu, yang juga pemilik Banyan Clinic, turut dikenali atas peranannya dalam menimbulkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu, terutama kaum Hawa.

 

1. Pernahkah anda alami stereotaip jantina dan apakah respons anda?

Berita Popular

Saya agak beruntung dibesarkan dalam persekitaran yang tidak mengamalkan stereotaip jantina. Sebab utamanya ialah adanya contoh wanita yang teguh dalam keluarga iaitu ibu saya dan terdapat lebih ramai wanita daripada lelaki dalam keluarga. Pertama kali saya berdepan dengan stereotaip jantina adalah bila saya membuka klinik sendiri dan ketika melakukan kerja kemasyarakatan. Ini kerana dalam kesihatan, masih ramai wanita memerlukan izin daripada keluarga atau pasangan mereka untuk menerima rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan. Semasa saya terlibat dalam gerakan masyarakat Geng Sihat SG, yang menggalak gaya hidup sihat khususnya masyarakat Melayu, banyak kali saya mendengar para suami memberi komen bahawa isteri mereka tidak sepatutnya membuang masa bersenam bila mereka sepatutnya berada di rumah menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah. Saya cuba memperkasakan wanita-wanita ini dengan pengetahuan mengenai kesihatan dan menggalak mereka mengamalkannya dalam keluarga mereka.

2. Apakah satu perkara yang membuat anda bangga menjadi Wanita SG?

Saya bangga datang dari negara yang menekankan meritokrasi, kesetaraan dan inklusiviti, di mana wanita Singapura memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang kuat dan berdaya tahan.

3. Apakah yang anda perjuangkan sebagai anggota Majlis Keluarga Sepanjang Hayat?

Majlis ini memperjuangkan dan menggalakkan keluarga yang kukuh dan berdaya tahan kerana ini membentuk masyarakat lebih kuat dan kesejahteraan individu yang lebih baik. Sebagai doktor keluarga, saya merupakan pejuang kuat dalam usaha membina keluarga yang lebih sihat dan lebih bahagia. Secara peribadi, adanya pertalian yang rapat dalam keluarga telah membantu saya mengatasi cabaran dalam kehidupan dan saya ingin berkongsi buah fikiran saya dalam membantu orang lain mengenai bagaimana kita dapat menyokong keluarga lain dan membantu mereka menghadapi cabaran hidup.

4. Mengapakah sebab perjuangan ini bermakna untuk anda?

Keluarga merupakan sesuatu yang dekat di hati saya. Saya yakin akan kepentingannya, saya gigih berusaha untuk membentuknya dan saya menyokong kuat institusi keluarga. Keluarga merupakan tunggak masyarakat dan asas pembangunan negara. Justeru, keluarga yang kuat dan berdaya tahan akan menghasilkan negara yang kuat dan berdaya tahan.

5. Apakah satu nasihat yang anda berikan kepada Wanita SG pada masa depan?

Yakin akan potensi anda, ada pengetahuan luas untuk menghadapi dunia baru pasca Covid-19, terus memupuk keluarga yang sihat, kuat dan berdaya tahan dan mengambil peranan aktif dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif.


 

 

‘SUARA’ KAUM HAWA KURANG UPAYA

 

Kecekalan mengatasi rintangan dan semangat meningkatkan kesedaran mengenai golongan kurang upaya telah banyak membentuk keperibadian Cik Fathima Zohra Mohamed Ilyas, 24 tahun atau juga dikenali sebagai Zoe Zora. Beliau yang menjadi kurang upaya selepas satu kemalangan empat tahun lalu, tidak pernah membiarkan kekurangan upayanya menghambat kehidupan. Bahkan, anak keempat dalam lapan beradik itu bangkit lebih teguh. Cik Fathima Zohra muncul sebagai pejuang kurang upaya dan kesihatan mental, peragawati dan pengurus program di Runninghhour, kelab sukan yang menggalak integrasi golongan kurang upaya melalui sukan. Beliau juga penerima Anugerah Upaya Goh Chok Tong 2019.

 

1. Pernahkah anda mengalami stereotaip jantina dan apakah respons anda?

Baru-baru ini ketika saya berada di stesen MRT, seseorang menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku kepada saya. Setelah saya menjawab dengan baik, orang itu terus berkata, “Kasihan awak. Awak tidak akan berkahwin dan mempunyai anak-anak.” Ini sebab saya berkerusi roda. Saya dengan sopan menjawab itu bukan keutamaan saya dan mengakhiri perbualan. Masyarakat masih menjangkakan wanita untuk berkahwin dan mempunyai anak pada usia tertentu, jika kita tidak memenuhi stereotaip dan jangkaan masyarakat, pasti ada yang tidak kena dengan kita. Pada masa itu, saya berasa sangat sedih dan gusar, tetapi ini juga menyedarkan saya perlunya keluar daripada norma dan stereotaip masyarakat.

2. Apakah satu perkara yang membuat anda bangga menjadi Wanita SG? 

Saya amat bangga dapat menampilkan diri saya dalam keadaan sebenar saya. Saya bangga kerana kita semakin maju dalam media. Untuk sekian lama, saya tidak rasa diwakili. Salah satu perkara paling sukar apabila menjadi kurang upaya secara tiba-tiba adalah anda tidak dapat melihat diri anda wujud di dunia ini. Ia masih amat sukar kerana banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuat semua orang rasa lebih inklusif. Tetapi akhirnya, saya berasa bangga menjadi seorang yang kurang upaya, cantik dan diraikan serta usaha saya untuk membuat perubahan diiktiraf. Ia satu perasaan yang memperkasakan. 

3. Apa yang membuat anda bangkit daripada keadaan anda?

Satu perkara paling sukar menjadi kurang upaya secara tiba-tiba adalah anda tidak dapat melihat diri anda wujud di dunia. Ciri-ciri kewanitaan dan identiti saya dirampas. Setiap hari kita melawan diskriminasi terhadap orang yang kurang upaya dan kekurangan kesedaran yang menyuruh kita membenci tubuh kita. Inilah sebabnya saya mengetengahkan ketidakupayaan saya kerana tahu betapa sukarnya bagi masyarakat untuk menerima tubuh yang kurang berupaya. Saya mahu memastikan wanita kurang upaya diwakili dengan lebih baik kerana tidak mahu mereka rasa apa yang saya rasakan sebagai wanita kurang upaya.

4. Apa yang membuat anda teruskan perjuangan anda walaupun pada saat paling sukar?

Kehidupan saya berpusat pada penyakit kronik, keletihan, menghadapi kesan buruk daripada ubat, perjuangan mental dan fizikal setiap hari dengan tubuh saya. Apa yang saya alami setiap hari bukanlah sesuatu yang dialami ramai orang. Namun, keinginan untuk membuat perubahan, berjuang supaya masyarakat kurang upaya diwakili dengan baik mendorong saya untuk meneruskan kehidupan. Dalam kesengsaraan ini, saya menemui tujuan sebenar saya. Saya tidak mahu sesiapa melalui apa saya lalui semasa mula-mula menjadi kurang upaya. Saya tidak mahu sesiapa rasa terpinggir dan keseorangan seperti yang saya rasakan. 

5. Apakah satu nasihat yang anda berikan kepada Wanita SG pada masa depan?

Jadilah diri anda yang sebenar-benarnya supaya orang lain dapat melihat anda sebagai anda dahulu dan bukan jantina anda. Jangan sekali-kali mengubah diri anda hanya untuk diterima oleh masyarakat. Apabila kita tampil sebagai diri kita yang sebenar, kita memperkasakan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

 

Klik di sini untuk sertai Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita

Lungsuri go.gov.sg/CelebratingSGWomen untuk nikmati pelbagai tawaran khas daripada Botanico, Far East Hospitality, Food Paradise, Gardens by the Bay, Lao Xie Zhen, Mandarin Gallery, OSIM, Our Tampines Hub, Pan Pacific Hotels Group, Raffles City, RSIS, Shopee, Singtel, The Marmalade Pantry, Trulife dan UOB. 

 

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh NTUC, PA-WIN, SCWO dan MSF.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map