Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meraikan budaya Minang di Wisma Geylang Serai

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



KAMPUNG nan jauh di mata tapi dekat di hati.



Begitulah suasana 'kampung' yang cuba diterapkan di sekitar acara meraikan budaya Minangkabau, Alek Gadang 2018.



Acara tersebut, yang dijayakan oleh Persatuan Minangkabau Singapura (SMA) dan Wisma Geylang Serai (WGS), berlangsung pada Sabtu lalu.



Bertempat di tingkat satu WGS, acara itu dipenuhi dengan pelbagai kegiatan budaya Minangkabau sepanjang acara tersebut.



Tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, turut hadir memeriahkan acara itu.



Beliau sempat mengunjungi dan beramah mesra dengan pegerai yang menjual barangan Minangkabau di Bazar Kampung Minang.



Bazar itu yang dibuka kepada orang awam secara percuma dari 10 pagi hingga 4 petang juga menampilkan tarian tradisional, Silek Minangkabau.



Penari tarian ini diterbangkan khas dari Sumatera Barat.



Ketua Perancangan dan Pembangunan SMA, Encik Ade Rangkoto, berkata:



"Ini kali pertama kami menganjurkan acara pada skala sebegini, yang bukan hanya dibuka kepada masyarakat Minang. Sudah sampai masanya kami lebih bersifat inklusif, bukan eksklusif."



Antara kemuncak acara itu adalah pelancaran buku Dato Rosnani Jamil semasa jamuan malam dan malam penghargaan SMA yang bermula pada 5 petang.



Encik Amrin diundang bersama melancarkan buku penerbit filem dan seniwati filem Melayu itu yang bertajuk Sumbangseh Kehidupan Dato Rosnani Jamil.



Makan malam itu dihoskan oleh Dato Moe Vibes.



Hadirin dihiburkan oleh penyanyi undangan, Tiesha dari Singapura, Dato Nash dari Malaysia serta Renima dan Rhiny dari Indonesia yang mendendangkan lagu Minang dan lagu popular mereka.



"Sambutan dari masyarakat Minang sangat mengagumkan dan kami rancang untuk jadikan ia acara tahunan," tambahnya lagi.



Terdapat kira-kira 200 keluarga Minang menetap di Singapura yang didaftarkan di bawah SMA.



Jumlah ini dijangka bertambah dengan lebih ramai orang Minang yang bekerja di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >