Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Mercu tanda S'pura mandi cahaya ke arah bebas dadah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CATATAN PM LEE SEMPENA ‘DRUGFREESG LIGHT-UP’

Mercu tanda S'pura mandi cahaya ke arah bebas dadah

Jun 29, 2021 | 05:30 AM

BANGUNAN dan mercu tanda ikonik negara bergemilangan dengan cahaya hijau dan putih dari 7.30 malam hingga tengah malam Sabtu lalu sebagai mencerminkan sokongan kukuh rakan kongsi masyarakat dalam usaha mengatasi masalah dadah di sini.

Sejumlah 28 rakan kongsi termasuk - tujuh buat kali pertama - menyertai inisiatif anjuran Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) itu yang diadakan buat tahun keempat.

Diberi nama DrugFreeSG Light-Up, ia adalah sebahagian daripada Kempen Anti Penyalahgunaan Dadah (ADAC) dan diadakan sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pengedaran Bahan Terlarang yang jatuh pada hari yang sama.

Kempen tersebut juga bersamaan ulang tahun CNB yang ke-50.

Dalam catatannya di Facebook mengenai daya usaha itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata:

"Dadah bukan hanya menjejas mereka yang menyalahgunakannya, malah juga orang-orang tersayang dan masyarakat secara amnya.

"Mari kita meneruskan perjuangan menentang masalah ini dan kekalkan Singapura sebagai negara bebas dadah!"

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3