Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief kerah pasukan bertindak, pungut derma bantu mangsa banjir Jakarta

Jan 07, 2020 | 08:40 PM



BADAN bantuan kemanusiaan setempat Mercy Relief telah mengerah sebuah pasukan bertindak dan memulakan kempen pungutan derma untuk membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Jakarta.



Mercy Relief berkata pada Selasa (7 Jan) sebuah pasukan respons bencana itu telah dikerahkan ke Indonesia, lapor The Straits Times.



Kata pengerusi Mercy Relief, Encik Suhaimi Rafdi, keutamaan mereka adalah menyediakan bantuan kecemasan dalam bentuk makanan panas, air bersih dan lampu solar kepada masyarakat yang terjejas di Kawasan Metropolitan Jakarta.



Orang ramai di Singapura yang ingin membantu mangsa banjir boleh menyumbang kepada kempen pungutan derma untuk mangsa yang dijalankan Mercy Relief hingga 6 Februari ini.



Mereka boleh menderma secara dalam talian di laman Mercy Relief, atau di laman Giving.sg yang bertajuk Jakarta Flood Relief 2020.



Orang ramai juga boleh menghantar cek atau menderma wang tunai di pejabat Mercy Relief di Blok 160, Lorong 1 Toa Payoh.



Badan itu turut menerima derma menerusi pemindahan bank kepada akaun semasa DBS Bank 054-900741-2.



Maklumat lanjut boleh didapati di laman Mercy Relief di https://www.mercyrelief.org/ join/donate.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >