Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief kumpul dana bagi bantu mangsa banjir Pakistan

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



MERCY Relief sedang merayu bagi derma dan sokongan segera daripada badan korporat serta orang ramai untuk mengumpul dana bantuan sebanyak $500,000 bagi membantu mangsa banjir di Pakistan.



Negara itu dilanda hujan lebat dan banjir teruk sejak 14 Jun lalu, dan banjir itu telah menenggelamkan berjuta-juta hektar tanah.



Bencana itu menjejas lebih 33 juta orang dan meragut 1,545 nyawa, dengan satu pertiga Pakistan ditenggelami air sepenuhnya.



Kesan banjir itu diburukkan oleh penyebaran penyakit yang dibawa air. Penduduk terjejas turut diancam lonjakan penyakit seperti malaria, demam denggi, cirit-birit dan masalah kulit.



Dalam satu kenyataannya semalam, Mercy Relief berkata pasukan dari agensi bantuan bencana Singapura itu akan melawat wilayah Sindh, yang terjejas teruk, bagi mengagih catuan makanan dan kanvas untuk tempat perlindungan sementara kepada kira-kira 700 isi rumah.



Bagi menjayakan misi itu, pasukan Mercy Relief akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Singapura.



Orang ramai boleh membuat sumbangan melalui saluran berikut:




KAEDAH SUMBANGAN



Orang ramai boleh menderma melalui saluran berikut:



q https://www.giving.sg/mercy-relief/pakistanflood2022



q Pindahan dana ke Akaun Semasa, DBS Mercy Relief 054-900741-2.



Sila nyatakan 'Bantuan Banjir Pakistan 2022' di ruangan komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >