Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief lancar dana bagi mangsa ribut tropika Megi, Filipina

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



MERCY Relief, agensi bantuan bencana bebas Singapura, telah melancarkan rayuan pengumpulan dana bagi membantu mangsa ribut tropika Megi yang melanda Filipina pada 10 April lalu.



Dana awam yang berjalan dari 17 Jun hingga 17 Julai disasarkan untuk mengumpul $50,000 bagi membantu mangsa yang terselamat melalui tempoh percubaan dan membantu pemulihan mereka, menurut Mercy Relief dalam satu kenyataan semalam.



Bencana puting beliung itu mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan sejumlah 212 orang dan menyebabkan lebih 800,000 penduduk kehilangan tempat tinggal - jumlah yang tercatat pada 25 April.



Sekurang-kurangnya 2.2 juta orang telah terjejas akibat bencana itu.



Mercy Relief telah bertindak dengan menjalankan dua pengagihan bantuan kepada golongan yang terjejas teruk di wilayah Leyte dan Capiz yang menerima pek bantuan bernilai hampir $80,000.



Sebanyak 1,400 isi rumah telah mendapat manfaat daripada respons bantuan kecemasan tersebut, menurut kenyataan itu lagi.



Bersama rakan kerja tempatan Leyte Center for Development, Inc (LCDE), Mercy Relief telah menyediakan bantuan kepada 650 isi rumah terjejas di Leyte pada 28 April.



Bagi mangsa yang terselamat di Capiz yang kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan teruk di penempatan dan perjuangan mereka untuk mendapatkan keperluan asas harian, Mercy Relief dan PCDR menjalankan bantuan kedua pengagihan kepada 750 isi rumah pada 19 Jun.



Cik Angelina Ong, Pengarah Eksekutif Mercy Relief berkata. "Keutamaan kami adalah untuk menyediakan bantuan kecemasan untuk memenuhi keperluan asas makanan dan kebersihan yang terselamat dipenuhi, sambil memastikan keadaan tidur adalah mencukupi.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kongsi tempatan kami untuk memberikan bantuan yang sewajarnya jika diperlukan."



Orang ramai yang ingin membuat sumbangan derma boleh melakukannya di wadah berikut.



• Laman Mercy Relief: https://www.mercyrelief.org/donate/



• Cek kepada "Mercy Relief Limited", dengan nota di belakang cek: "Tropical Storm Megi 2022 Relief", sertakan sekali nama, e-mel dan alamat penderma. Kirimkan cek ke: Blk 160 Lorong 1 Toa Payoh, #01-1568, Singapore 310160.



• Pemindahan dana ke akaun Mercy Relief di DBS Current Account 054-900741-2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >