Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Merdu alunan muzik galak belia guna bahasa Melayu

Mar 24, 2019 | 05:30 AM



Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak muda, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) telah menganjurkan acara Merdu 2019. Diadakan buat kali ketiga tahun ini, acara tersebut cuba mencapai tujuan itu melalui wadah muzik. Melalui bengkel yang dikendalikan beberapa tokoh mapan dalam industri tersebut, golongan belia mempelajari tentang penulisan lagu dan cara membuat persembahan, antara lainnya. Wartawan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) melaporkan.




MENGGUNAKAN wadah kreatif bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak muda.



Itulah yang diharapkan penganjur Merdu, sebuah program tahunan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS) yang dimulakan sejak 2017.



Diadakan buat kali ketiga tahun ini, nampaknya matlamat tersebut berjaya dicapai, malah melebihi jangkaan pihak penganjur.



Ditemui di Universiti Nasional Singapura (NUS), penyelaras projek Merdu 2019, Cik Yuli Ardini Affandi, 23 tahun, berkata berbeza daripada tahun-tahun lepas, kali ini cabaran menganjurkan acara tersebut bukanlah bagi mendapatkan peserta bahkan mengehadkan jumlah peserta disebabkan begitu ramai yang mohon penyertaan.



"Tahun-tahun lepas memang kami mempunyai cabaran mendapatkan peserta, jadi kami jangka akan ada cabaran di situ tapi kami dapat lebih daripada apa yang dijangkakan.



"Sukar juga nak beritahu peserta, kita dah sampai hadnya jadi kita perlu tolak (yang selebihnya)," ujar mahasiswi NUS tahun keempat dalam jurusan Psikologi itu.



Malah, tarikh pendaftaran juga terpaksa ditutup awal kerana terlalu ramai yang ingin mendaftar.



Merdu merupakan acara yang menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan belia melalui wadah yang lebih kreatif iaitu muzik.



Melalui Merdu juga, anak-anak muda dapat berinteraksi dan mempelajari tentang muzik daripada tokoh dalam industri muzik Melayu.



Ini dilakukan menerusi bengkel yang dijalankan tokoh terkenal seperti Imran Ajmain dan Sofia Arissa.



Peserta, yang berusia antara 18 tahun dengan 30 tahun, belajar menghasilkan muzik dan menulis lirik melalui bengkel itu. Mereka juga diberi peluang merakamkan lagu ciptaan sendiri di bawah bimbingan penerbit Leo Productions.



Ditanya bagaimana bahasa Melayu diterapkan melalui sesi-sesi bengkel itu, timbalan penyelaras projek, Encik Muhammad Aqasyah Nor Shaidi, 23 tahun, menjelaskan:



"Bahasa lirik sendiri berbeza daripada bahasa percakapan harian, dalam bahasa tersebut ada lebih unsur seni. Melalui seni penulisan, peserta dapat belajar mengenai bahasa."



Lebih daripada itu, peserta juga menimba ilmu baru berkenaan budaya dan sejarah bahasa Melayu seperti terdapat pengaruh Sepanyol dalam bahasa itu sendiri, dan bahasa serta lagu Melayu berasal dari seawal abad ke-16, tambah Encik Aqasyah, mahasiswa NUS tahun pertama dalam jurusan Hartanah.



Pada masa yang sama, melalui bengkel yang dianjurkan, peserta juga diajar panduan amali jika mereka ingin menceburi bidang muzik.



Ini termasuk cara memasarkan diri di media sosial, penggunaan hashtag, cara berinteraksi dengan penonton dan sebagainya.



Acara kemuncak Merdu 2019 merupakan konsert yang diadakan pada 1 Mac lalu di Studio Annexe Esplanade.



Konsert tersebut yang dihadiri sekitar 280 penonton menampilkan semua peserta Merdu 2019 yang mempersembahkan lagu ciptaan mereka - yang merangkumi pelbagai genre termasuk pop, dangdut, akapela dan rok, antara lainnya - dan turut dijayakan penyanyi Imran Ajmain, Sufi Rashid, Sofia Arissa dan Aziz Harun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >