Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mereka yang ada alahan dijemput ambil vaksin

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 30,000 orang akan dijemput untuk mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 setelah sekatan yang melarang orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan teruk daripada mendapat suntikan tersebut diangkat, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kelmarin.



Sejauh ini, lebih 75 peratus warga emas dan orang dewasa yang layak, dan 90 peratus kumpulan pelajar tahun akhir telah mendaftar untuk atau menerima vaksin itu, tambahnya.



Dalam catatan di Facebook itu, Encik Ong mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas usaha kolektif dalam membendung gelombang jangkitan di Singapura baru-baru ini.



Beliau berkata dalam memerangi virus yang agak tidak dikenali dan sedang bermutasi itu, warga Singapura harus mengharungi dengan berhati-hati, dan terus belajar untuk mengemudi dengan lebih baik dan memperbaiki pendekatan dan proses negara ini.



Beliau menambah Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 komited untuk melakukan perkara-perkara tersebut.



Encik Ong juga berkata kesan virus itu turut membawa ke depan di media sosial isu seperti pendapat berbeza tentang keberkesanan vaksin dan insiden buruk melibatkan diskriminasi kaum dan xenofobia.



"Saya mengagumi keberanian mereka yang bersuara untuk pemahaman, perpaduan, kebaikan yang lebih besar dalam masa-masa ini, dan mempertahankan sains berasaskan bukti," katanya.



Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengangkat larangan ke atas orang-orang yang mempunyai sejarah reaksi alergi dan anafilaksis terhadap ubat-ubatan, makanan, sengatan serangga dan pencetus lain daripada mengambil vaksin Covid-19 yang menggunakan teknologi mRNA.




GARIS PANDUAN JAWATANKUASA PAKAR MENGENAI VAKSINASI COVID-19 (EC19C)



WANITA HAMIL



Boleh mendaftar dan menempah vaksinasi dari 4 Jun 2021. Namun harus berbincang dengan doktor sebelum berbuat demikian. Data sedunia bagi wanita mengandung yang menjalani vaksinasi - masih merangkumi kumpulan kecil - tidak menunjukkan vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna bahayakan ibu atau bayi dalam kandungan.



IBU YANG SEDANG MENYUSU



Boleh dapatkan vaksinasi Pfizer-BioNTech atau Moderna.



PESAKIT BARAH YANG SEDANG JALANI RAWATAN



Boleh dapatkan vaksinasi tetapi perlu di hospital dan selepas keadaan mereka dinilai pakar yang sedang merawat mereka. EC19V berkata tiada bukti tentang isyarat keselamatan atau kadar kesan buruk yang berlaku bagi kumpulan ini dalam kalangan yang mengambil vaksin berasas mRNA. Garis panduan vaksinasi untuk pesakit barah sedang diperhalusi



MEREKA YANG PUNYA SEJARAH REAKSI TERUK KULIT YANG BERBAHAYA (SCAR)



Ia kini dianggap selamat menerima vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >