Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Merusuh: 14 penghuni Singapore Boys’ Home ditahan polis

Sep 29, 2018 | 11:20 AM



POLIS menahan 14 penghuni  Singapore Boys' Home kerana merusuh   pada petang Jumaat (28 Sep).



Dua kakitangan lelaki rumah tersebut dan seorang pegawai polis bantuan dihantar ke Hospital Ng Teng Fong kerana mengalami  kecederaan ringan.



Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan pada  5.51 petang.



Akhbar The Straits Times tiba di luar rumah   di Jurong itu sekitar  7 malam dan melihat  lebih  15 kenderaan polis dan 10 bas polis di situ.



Rumah itu    kediaman bagi remaja yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga. Ia menempatkan remaja lelaki  berisiko  berusia antara 12 hingga  21 tahun yang mungkin juga mengalami masalah dengan undang-undang.



Encik James Tan, 70 tahun, sedang menunggang basikal  di Jurong West Street 24 apabila beliau  mendengar jeritan berhampiran pintu utama rumah itu.



“Pada kira-kira  6 petang, ketika saya berbasikal dekat  pintu itu,   saya melihat pegawai polis bergegas masuk.   Kedengaran pekikan  budak lelaki di dalam premis itu dan ia  nampaknya ditujukan kepada pegawai polis,” katanya.

 

Tetapi Encik Tan tidak dapat mendengar  apa yang dikatakan dan beliau  terus berbasikal.



Kemudian pada  6.30 petang, Encik Tan  menyedari keadaan itu lebih serius apabila beliau  melihat banyak lampu menyala  dari kenderaan polis yang diletakkan di luar rumah tersebut.



Jalan menuju Jurong West Street 24 pula  disekat  polis.



Seorang lagi saksi,   yang memberi namanya hanya sebagai Encik Hazli, 42 tahun, berkata beliau terpaksa mengambil  jalan lain  untuk  pergi   ke masjid berdekatan.



Polis sedang menyiasat kejadian itu.



Kali terakhir banyak kenderaan polis dilihat di rumah itu ialah pada September 2016, apabila 26 penghuninya     ditangkap kerana perhimpunan haram.



Dalam kejadian itu,    penduduk di estet HDB  berhampiran melaporkan  mereka mendengar beberapa kumpulan budak lelaki   memekik kata-kata kesat dan bunyi ketukan kuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >