Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Mesej 'Dadah itu Haram' dekati kawasan Geylang Serai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mesej 'Dadah itu Haram' dekati kawasan Geylang Serai

Oct 29, 2017 | 05:30 AM

JARANG sekali bagi Syed Firdaus Syed Hassan berbual tentang isu penyalahgunaan dadah apabila bertemu rakan-rakannya.

Bagaimanapun, semalam beliau bersama tujuh pemain pasukan Home United dalam Liga Prime dan Liga S telah sama-sama menyampaikan mesej antidadah kepada para pelanggan dan pegerai di kawasan Geylang Serai.

Mereka merupakan antara 40 sukarelawan yang sama-sama terlibat dalam kempen 'Dadah itu Haram' di mana sukarelawan terdiri daripada pemain pasukan bola sepak Home United, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) serta Universiti Teknologi Nanyang (NTU) meneruskan mesej antidadah menerusi lawatan tersebut.

Lawatan yang dipimpin Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, itu antara lain menyaksikan sukarelawan tersebut berbual dan menyampaikan pelekat dan poster kempen antidadah kepada pelanggan gerai dan kedai makan yang mereka kunjungi.

Semasa ditemui seawal 7.30 pagi semalam, Syed Firdaus, yang merupakan penuntut tahun kedua Politeknik Temasek (TP) jurusan Pengurusan Acara, berkata kegiatan yang disertainya itu dapat mengukuhkan lagi mesej antidadah kepada pelanggan gerai dan kedai makan, yang terdiri daripada golongan pelbagai usia.

"Hujung minggu sebegini memang sesuai untuk mendekati masyarakat setempat kerana biasanya pagi begini ramai keluarga yang akan duduk semeja untuk makan bersama.

"Nampaknya ramai pelanggan masih segar pagi-pagi begini dan mereka nampaknya tiada masalah terima apa yang kami sampaikan,'' katanya lagi.

Kempen 'Dadah itu Haram' yang diketuai Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai bahaya dadah, punca ketagihan, cara mengelak daripada terjerumus dalam gejala tersebut dan pandangan Islam mengenai dadah.

Semasa ditemui, Encik Amrin berkata beliau berasa senang dengan penerimaan ramai pegerai yang tiada masalah memberi sokongan terhadap kempen tersebut.

"Mereka tidak kenakan kos pegiklanan apabila kami tampal pelekat 'Dadah itu Haram' pada gerai dan juga meja-meja makan mereka.

"Ini menandakan kerjasama erat yang tercapai dan pastinya ia dapat menyebarkan terus mesej antidadah itu kepada pelanggan dengan lebih lancar," katanya.

Untuk program akan datang di bawah kempen itu, Encik Amrin berkata pihaknya akan mendekati kedai-kedai gunting pula.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3