Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesej 'Help me' ditulis di tembok Maktab Rendah Tampines

Pengetua: Kemungkinan besar contengan satu aksi nakal
Nov 10, 2017 | 05:30 AM



SATU mesej berbunyi 'help me' atau 'tolong saya' yang dicontengkan pada sebahagian tembok Maktab Rendah Tampines (TPJC) berkemungkinan besar satu perbuatan nakal, kata pengetua sekolah tersebut semalam.



Mesej dalam bahasa Inggeris dan huruf besar yang diconteng pada tembok dekat kantin sekolah tersebut dilihat oleh suri rumah, Cik Deng Gui Fang, semasa beliau memandu di kawasan itu Isnin lalu, menurut akhbar bahasa Cina Lianhe Wanbao.



Oleh sebab beliau rasa bimbang ia mungkin satu rayuan meminta bantuan daripada pelajar yang tertekan dengan peperiksaan GCE peringkat 'A' yang sedang berlangsung, wanita berusia 47 tahun itu membuat keputusan menghubungi polis.



Menurut akhbar The Straits Times, pengetua TPJC, Cik Pamela Yoong, berkata pihaknya sedar akan kejadian itu dan telah memaklumkan kepada polis mengenainya.



"Siasatan dalaman kami menunjukkan bahawa contengan itu kemungkinan satu perbuatan nakal. Kesan contengannya kini telah dibersihkan," kata Cik Yoong.



Apabila dihubungi, jurucakap polis mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan tentang kejadian itu.



Namun, tiada laporan polis dibuat.



Menurut laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), peperiksaan GCE peringkat 'A' bermula Isnin lalu, dengan peperiksaan bertulis Kertas Am (GP) sebagai kertas pertama.




"Siasatan dalaman kami menunjukkan bahawa contengan itu kemungkinan satu perbuatan nakal. Kesan contengannya kini telah dibersihkan."
- Pengetua Maktab Rendah Tampines, Cik Pamela Yoong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >