Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesej maklumat CareShield Hayat yang tersebar tidak benar: MOHH

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



PESANAN yang tersebar di dalam aplikasi WhatsApp mengenai maklumat CareShield Hayat dari MOH Holdings (MOHH) atau Tabung Simpanan Pekerja (CPF) adalah tidak benar, jelas MOHH semalam.



MOHH menjelaskan pesanan tersebut mengandungi maklumat tidak tepat bagi skim insurans jagaan jangka panjang nasional CareShield Hayat.



Pesanan itu juga mungkin mengandungi pautan ke lelaman web luaran, jelas MOHH.



"MOHH tidak akan menghantar pesanan WhatsApp untuk meminta maklumat peribadi yang sensitif," kata MOHH dalam kenyataan mereka.



MOHH juga memberi amaran kepada orang awam untuk tidak memicit pautan di dalam pesanan tersebut kerana lelaman itu mungkin berniat jahat (malicious).



Sekiranya ragu-ragu, orang awam boleh menghubungi MOHH di info@mohh.com.sg atau lungsuri www.careshieldlife.gov.sg untuk mendapatkan maklumat sahih bagi Careshield Hayat.



Pada 6 November lalu, warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura lahir pada atau sebelum 1979 boleh menyertai skim insurans jagaan jangka panjang nasional CareShield Hayat, yang memberi perlindungan bagi ketakdayaan teruk.



Pemegang insurans ElderShield 400 lahir antara 1970 dengan 1979 akan disertakan dalam CareShield Hayat secara automatik dan mereka tiada perlu melakukan apa-apa.



Yang lain harus mendaftar menerusi laman web CareShield Hayat untuk menyertai skim insurans itu.



CareShield Hayat dilancarkan pada 1 Oktober 2020 untuk menggantikan skim ElderShield. Ia menawarkan pembayaran lebih baik dan lama bagi warga dan PR Singapura yang mengalami ketakdayaan teruk.



CareShield Hayat mandatori bagi semua warga dan PR Singapura lahir pada dan selepas 1980. Kohort ini dilindungi oleh CareShield Hayat secara automatik mulai 1 Oktober tahun lalu atau apabila mereka menyambut ulang tahun ke-30, bergantung mana datang kemudian.



Semua warga dan PR Singapura lahir pada atau sebelum 1979 boleh memilih mendapatkan perlindungan CareShield Hayat jika tidak mengalami ketakdayaan serius.



Mereka yang lahir dari 1970 hingga 1979 dan dilindungi oleh insurans ElderShield 400 serta tidak mengalami ketakdayaan serius akan disertakan dalam CareShield Hayat secara automatik mulai 1 Disember.



Warga dan PR Singapura lahir pada atau sebelum 1979 serta tidak mengalami ketakdayaan serius boleh daftar bagi CareShield Hayat menerusi laman web careshieldlife.gov.sg.



Ini termasuk mereka yang dilindungi oleh ElderShield 300, individu tidak dilindungi oleh insurans dan mereka yang berusia lebih tua dan akan menanggung premium tahunan lebih tinggi berbanding golongan yang akan disertakan secara automatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >