Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesin kira kertas undi bakal digunakan di pilihan raya

Nov 22, 2018 | 06:30 PM



PENGUNDI di pilihan raya umum selanjutnya di Singapura boleh mendaftar secara elektronik di pusat mengundi, dan undi akan dikira menggunakan mesin.



Inisiatif ini bertujuan mempertingkat proses pengundian dan memberikan pengundi pengalaman mengundi lebih baik di pusat mengundi, kata Jabatan Pilihan Raya pada Khamis (22 Nov).



Walau kaedah elektronik akan digunakan bagi sebahagian proses mengundi, kertas mengundi akan terus digunakan, dan penolong pengiraan akan ditugaskan untuk mencampur, membuka lipatan dan menyusun kertas mengundi.



Penolong Pegawai Pilihan Raya (RO) masih bertanggungjawab meneliti kertas undi yang kurang jelas dan memutuskan sama ada mereka perlu ditolak.



Jabatan Pilihan Raya berkata menggunakan mesin pengiraan menjadikan proses pengiraan tiga kali ganda lebih pantas. Keputusan mengundi boleh diterbitkan sehingga sejam lebih awal, berbanding pilihan raya lalu.



Mesin pengiraan serupa dengan yang digunakan bagi nota wang dan tidak akan dihubung ke Internet. Ia bakal dikuasakan bateri.



Masa yang diperlukan untuk mengira dan mengesahkan 100 kertas undi adalah sekitar 200 saat, tanpa menggunakan mesin, kata Jabatan Pilihan Raya.



Proses ini melibatkan dua proses pengiraan - yang pertama oleh penolong pengiraan, diikuti penolong pengiraan kedua yang mengesahkan kiraan pertama.



Proses ini mengambil masa 65 saat apabila menggunakan mesin. Penolong pengiraan pertama menggunakan mesin pengiraan untuk mengira 100 kertas undi, yang diberikan kepada penolong pengiraan kedua. Menggunakan mesin pengiraan berasingan, penolong pengiraan kedua ini akan menghitung semula kertas undi itu sebelum memberi pengesahan tentang jumlahnya.



Dalam pada itu, pendaftaran elektronik atau e-daftar boleh memendekkan waktu menunggu di pusat mengundi.



Pengundi hanya perlu mengimbas kad pengenalan mereka di mesin pendaftaran - serupa dengan yang dilakukan di poliklinik dan hospital. Proses ini lebih pantas berbanding yang diikuti sebelum ini, apabila pegawai pilihan raya memeriksa kad pengenalan dan  kertas pendaftaran yang sedia dicetak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >