Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesin layan diri bank makanan untuk penduduk memerlukan di Choa Chu Kang

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



MESIN layan diri bank makanan yang diisi dengan barang-barang seperti makanan dalam tin dan hidangan bento dilancarkan di Choa Chu Kang untuk penduduk yang memerlukan.



Kredit makanan yang kesemuanya bernilai $10,000 akan diagihkan setiap bulan kepada 200 penduduk, menurut Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) daerah SouthWest dalam satu kenyataan semalam.



Mereka akan diberikan kad untuk mendapatkan makanan dari mesin-mesin layan diri itu .



Ditempatkan di Blok 813A, Choa Chu Kang Avenue 7, inisiatif itu adalah untuk membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk yang kurang bernasib baik dengan menyediakan makanan percuma.



Ini juga membolehkan warga emas yang mengalami masalah pergerakan mendapat makanan dan makanan panas dengan cara yang lebih menyenangkan, menurut kenyataan itu.



"Setiap bulan 200 penduduk yang kurang bernasib baik akan diberikan kad yang mengandungi kredit $50 yang boleh digunakan untuk menerima barang makanan kering seperti makanan dalam tin dan beras dan hidangan bento yang boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro yang disediakan," jelas CDC South-West.



Mesin-mesin layan diri bank makanan dilancarkan pada 12 Disember oleh Cik Low Yen Ling, Datuk Bandar CDC South West, bersama Encik Don Wee, Penasihat Pertubuhan Akar Umbi GRC Chua Chua Kang (Brickland).



Inisiatif tersebut akan dijalankan sehingga 31 Disember 2021.



Program tersebut disokong oleh The Food Bank Singapore, Pusat Khidmat Keluarga Fei Yue @ Chua Chu Kang, Mendaki @ Choa Chu Kang, RC Keat Hong Axis Colors, Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Brickland dan Dana Pembangunan & Kesejahteraan Masya- rakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >