Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesin pelitup baru dipasang jelang agihan keenam Yayasan Temasek

Dec 29, 2021 | 05:30 AM



MESIN pengagihan pelitup baru sedang dipasang di seluruh negara menjelang agihan keenam Yayasan Temasek bulan depan bagi melindungi penduduk daripada Covid-19.



Penduduk boleh mengambil pelitup percuma mereka dari mesin layan diri itu dari 10 hingga 23 Januari.



Pelitup akan diberi dalam saiz baru, menurut maklumat yang dicetak pada mesin terkini itu.



Apabila dihubungi The Straits Times, Yayasan Temasek berkata ia akan memberi butiran lanjut mengenai pengagihan akan datang minggu depan.



Yayasan itu telah mengagihkan pelbagai jenis pelitup sebelum ini, daripada pelitup pembedahan pakai buang kepada pelitup yang boleh diguna semula.



Dalam pengagihan terbaru dari 26 Ogos hingga 26 September, hampir 1.13 juta isi rumah mengambil pelitup pernafasan N95 percuma dan sekotak 50 pelitup pembedahan gred perubatan.



Sekitar 130 tempat pengagihan di seluruh negara disediakan, termasuk 15 pusat beli-belah CapitaLand dan pasar raya terpilih.



Ketua Eksekutif Temasek pada masa itu, Cik Ho Ching, berkata di Facebook bahawa pelitup pembedahan mempunyai kecekapan penapisan 95 peratus atau lebih baik, dan harus dipakai oleh mereka yang mempunyai simptom seperti selesema atau semasa lawatan ke hospital atau rumah penjagaan.



Pelitup N95 dipakai untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti menjaga pesakit Covid-19, atau jika seseorang diuji positif pada kit ujian pantas antigen, tambahnya.



Cik Ho, yang kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Temasek Trust sejak mengundur diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek pada 1 Oktober, berkata: "Dengan pelitup pembedahan gred perubatan dan N95... kita mempunyai pilihan tambahan untuk perlindungan lebih baik."



Mac lalu, Temasek mengeluarkan pelitup yang boleh diguna semula yang dibuat oleh Livinguard, yang dikatakan 99.75 peratus berkesan dalam mengurangkan bakteria pada permukaan bahagian dalam pelitup.



Pelitup itu mempunyai lapisan antimikrob kalis air di bahagian luar dan rawatan antibakteria pada lapisan dalam yang membunuh bakteria daripada air liur pemakai.



Ia boleh dibasuh sekali seminggu dan digunakan setiap hari hingga tujuh bulan jika dibasuh dengan betul.



Pakar berkata pelitup muka tiga lapis yang boleh diguna semula sudah memadai untuk melindungi pemakai daripada virus itu dan adalah penting pelitup dipakai secara betul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >