Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesra bentang pencapaian usaha dekati masyarakat

Apr 18, 2018 | 05:30 AM



PANEL penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) yang ditubuhkan setahun lalu untuk memperkukuh Mesra dan meluaskan pendekatan mereka telah menjelaskan tentang perkembangan usaha mereka semalam.



Antaranya ialah usaha yang dipergiat bagi mendekati pelbagai golongan masyarakat, dan menarik mereka ke kelab masyarakat.



Selain kebudayaan dan kebahasaan, bidang itu antara lain turut merangkumi kesihatan, pembelajaran, kesihatan, kekeluargaan, keusahawanan dan sebagainya.



Panel Mesra yang diterajui Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, itu berkongsi perkembangan terkini tentang Mesra menerusi satu taklimat media di Wisma Geylang Serai semalam.



Anggota lain panel tersebut - Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin; Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad; dan AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam - turut hadir semalam untuk berkongsi tentang beberapa usaha yang telah mereka jalankan.



Seorang lagi anggota panel penasihat Mesra - Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Nee Soon) - tidak dapat hadir.



Usaha yang dijalankan mereka itu antara lain diharap dapat menggalak lebih ramai anggota masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan memanfaatkan kemudahan serta wadah yang disediakan.




"Selama ini kami telah menjalankan program yang merupakan program kebudayaan dan kebahasaan... tapi kita perlu (meluaskan) lagi jangkauan tersebut dengan mengadakan program seperti program perundangan, kesihatan dan mendatangkan karyawan yang popular. Ini telah mendapat sambutan yang baik di mana-mana kami adakan. Kami juga dapat bekerjasama dengan guru-guru supaya mereka mendatangkan program di kelab masyarakat, menjalankan program kebahasaan yang lebih autentik kerana ia tidak dilakukan di kelas, tapi ruang masyarakat yang memberikan satu cara mengajar bahasa kepada anak-anak kita dengan lebih menarik."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Kami sudah lama bekerja keras untuk membina ruang yang dikatakan ingin mempunyai visi sebagai satu nadi untuk masyarakat Melayu kita di Singapura ini. Ini sudah tersedia dan kami akan membuka pintu Wisma Geylang Serai kepada masyarakat pada bulan depan. Satu rancangan kami ialah memastikan Wisma Geylang Serai menjadi satu tempat daya tarikan bagi semua anggota masyarakat kita, tidak kira usia mereka, dan juga menjadi tarikan bagi masyarakat bukan Melayu juga. Inilah tempatnya untuk mereka memahami tentang budaya dan juga latar belakang masyarakat Melayu/Islam kita dan bagaimana mereka boleh mengenali serta bergabung tenaga dengan masyarakat Melayu kita untuk sama-sama mengeratkan hubungan antara kaum di Singapura ini."
- Dr Mohamad Maliki Osman.



"Belia punya cita rasa dan minat yang berbeza-beza... dan kita perlu ada pendekatan yang khusus dan pelbagai untuk cuba mendekati golongan itu dan cuba faham apa yang mereka mahukan. Selain daripada cuba mengadakan sesi di mana kami cuba fahami dan dekati mereka, kami juga berhubungan dengan kumpulan pentadbiran institusi tertentu untuk memastikan yang hubungan yang kami jalin ini diperluaskan bukan sahaja dengan pelajar tetapi juga dengan institusi itu."
- Cik Rahayu Mahzam.



"Untuk mendekati masyarakat, kita menggembleng tenaga para karyawan untuk sama-sama kita bermesra dengan masyarakat dan juga menyebarkan isu-isu yang penting untuk masyarakat seperti isu kesihatan, undang-undang dan sebagainya. Kami akan terus berfikir supaya dapat meraih faedah daripada karyawan kita... supaya mereka dapat terus menyalurkan idea mereka."
- Encik Amrin Amin.



"Kami mahu membawa Mesra ke jangkauan masyarakat kita. Saya rasa memang penting untuk kita meluaskan jangkauan kita di luar karyawan dan golongan yang sudah asing dengan kami. Saya rasa penting juga untuk kita melihat kepada syarikat kecil dan usahawan kita... ini saya rasa adalah satu golongan yang kita jarang manfaatkan bakat dan kreativiti mereka. Dalam suasana sekarang, kita juga melihat ramai karyawan kita menceburi bidang keusahawanan. Kami boleh melihat banyak potensi di mana kita dapat membawa bakat mereka ke arena masyarakat dan membantu masyarakat, badan kebajikan sukarela (VWO) contohnya untuk membina huraian baru bagi isu yang dihadapi masyarakat kita."
- Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >