Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesra luaskan langkah dekati masyarakat

Apr 18, 2018 | 05:30 AM



MAJLIS Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah menggiatkan langkah meluaskan pendekatannya kepada pelbagai kumpulan dalam masyarakat dalam tempoh setahun lalu.



Ini termasuk golongan belia, karyawan dan syarikat kecil dan sederhana (SME), menjangkau golongan seperti peminat seni dan kebudayaan yang sudah pun biasa bergiat di kelab masyarakat.



Demikian menurut pengerusi Panel Penasihat Mesra, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



"Banyak sekali prasarana yang disediakan di kelab masyarakat, dan selama ini hanya digunakan oleh segelintir dalam masyarakat terutama yang minat dalam bidang kebudayaan.



"Dengan meluaskan pendekatan kami kepada lebih banyak bidang, lebih ramai daripada masyarakat kita akan menggunakan kelab masyarakat yang disediakan untuk semua," ujar Encik Masagos.



Katanya lagi, usaha pendekatan tersebut memerlukan kerjasama pelbagai pihak, bukan hanya kepimipinan politik masyarakat Melayu/Islam.



Beliau, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, berkata demikian dalam satu taklimat media di Wisma Geylang Serai semalam untuk memberi perkembangan tentang Mesra.



Encik Masagos dilantik sebagai penasihat Mesra sejak 5 Disember 2016, mengambil alih peranan itu daripada Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.



Dr Yaacob pula dilantik penasihat kehormat.



Tahun lalu, Encik Masagos telah memulakan pembentukan Panel Penasihat untuk mengukuhkan Mesra.



Satu kenyataan Persatuan Rakyat (PA) waktu itu berkata Panel Penasihat tersebut akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh dan meluaskan program MAEC dalam mendekati dan melibatkan orang Melayu serta kaum lain.



Beberapa anggota panel penasihat Mesra - Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin; Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad; dan AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam - turut menghadiri taklimat media itu semalam.



Seorang lagi anggota panel ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, tidak dapat hadir.



AP Melayu/Islam itu memainkan pelbagai peranan, dengan Dr Maliki menyelaras kegiatan di Wisma Geylang Serai, Dr Faishal memberi tumpuan kepada bidang pendidikan, manakala Encik Amrin mendekati golongan karyawan.



Encik Zaqy dan Cik Rahayu pula masing-masing mendampingi SME dan belia.



Laporan lanjut: Mesra bentang pencapaian usaha dekati masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >