LEBIH banyak kegiatan akar umbi bagi masyarakat Melayu kini berkaitan pendidikan dan pembangunan sosial, bukan seni dan budaya sahaja.
Pengerusi Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Encik Omar Ismail, menganggarkan sekitar separuh kegiatan anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) sekarang bertema pendidikan atau pembangunan sosial.