Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mesyuarat Brunei-Singapura dalami kerjasama lindungi alam sekitar

Sep 07, 2019 | 01:45 PM



MESYUARAT Kerjasama Brunei-Singapura berkaitan Sekitaran telah berlangsung di sini semalam.


Mesyuarat tersebut yang dirangkum di bawah Pertukaran Kunjungan Tahunan, diinstitusikan oleh Memorandum Persefahaman Kerjasama Dua Hala dalam Ehwal Sekitaran.


Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli memimpin delegasi Singapura yang terdiri daripada Setiausaha tetap Encik Albert Chua dan pegawai kanan lain dari kementerian tersebut, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan agensi air negara PUB.


Delegasi Brunei Darussalam dipimpin Menteri Pembangunan Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Haji Gafar dan terdiri daripada Setiausaha Tetap (Rancangan, Penggunaan Tanah dan Sekitaran) Dr Nor Imtihan Haji Abdul Razak serta pegawai kanan lain dari Kementerian Pembangunan.


Semasa Pertukaran Kunjungan Tahunan Brunei-Singapura yang ke-13 (BSAEV) itu, kededua menteri telah mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh antara Brunei Darussalam dan Singapura serta menekankan komitmen mereka untuk mengusahakan kemajuan yang berterusan serta mendalami kerjasama dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar, pendidikan alam sekitar dan juga pengurusan sumber air.


Mereka juga menyambut baik kemajuan aktiviti hasil kerjasama dua negara itu dalam bidang pengurusan sisa, pengurusan mutu udara, pengurusan sumber air dan program pertukaran untuk belia.


Kededua menteri juga menyokong usaha berterusan kededua negara dalam menguruskan sisa, terutama sekali projek Sungai Brunei Clean-up dan usaha kitar semula oleh Brunei Darussalam serta Pelan Induk Sifar Sisa dan Bil Kemampanan Sumber yang diusahakan Singapura untuk mengatasi pembuangan sisa makanan, sisa elektronik dan sisa bungkusan.


Brunei Darussalam dan Singapura juga akan mengukuhkan lagi pertukaran dalam menguruskan sumber air melalui perkongsian pengalaman dalam meningkatkan kesedaran pemuliharaan air seperti analitik data, skim label keberkesanan air, rancangan menyeluruh dan reka bentuk infrastruktur menggunakan teknologi ramalan.


Kededua negara juga bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baru yang akan merangkumi antara lain, perancangan bandar, perumahan, pemodenan infrastruktur ke arah daerah yang bijak-eko untuk menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan kemampanan alam sekitar. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >