MESYUARAT tahunan khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dijadualkan diadakan di Singapura Ogos ini akan ditunda ke tahun depan.
Pihak penganjur berkata ketidakpastian urusan perjalanan dan varian baru Covid-19 merupakan antara sebab keputusan tersebut diambil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) pada Isnin (17 Mei), WEF berkata ia telah memaklumkan pemerintah Singapura bahawa ia akan membatalkan mesyuarat tahunan itu yang sepatutnya diadakan dari 17 hingga 20 Ogos 2021.
Mesyuarat itu kini dijangka berlangsung pada separuh pertama tahun depan.
Dalam pada itu, MTI berkata, ia akan terus bekerjasama dengan WEF dan penganjur antarabangsa utama lain untuk menggalakkan kerjasama antara pihak berkepentingan mengenai isu-isu yang menjadi perhatian global.