Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Meter air bijak jimat air bagi 300,000 rumah dan tempat komersial jelang 2023

Apr 12, 2019 | 03:31 PM



 





METER air yang boleh mengukur penggunaan air dengan lebih tepat akan dipasangkan di 300,000 rumah dan tempat komersial menjelan 2023, kata agensi air negara PUB pada Jumaat (12 April).



Ia menetapkan matlamat memasang meter air bijak itu di serata pulau di masa hadapan.



PUB berkata meter air bijak itu boleh membantu pengguna menggunakan air dengan lebih berkesan dan menyokong keupayaan PUB untuk mengesan secara awal kebocoran dalam rangkaian bekalan air dan di tempat pengguna.



Buat masa ini, ukuran 1.6 juta meter air di serata pulau diambil oleh pegawai PUB setiap dua bulan.



Pelanggan diberikan bil bulanan, dengan penggunaan air ditentukan menerusi anggaran setiap dua bulan.



Meter air bijak boleh mengukur penggunaan air di sesebuah tempat beberapa kali sehari, dan mengirimkan ukuran itu dengan tepat dan secara wayarles kepada PUB setiap hari.



Menggunakan aplikasi (app) di alat bimbit masing-masing, setiap pelanggan boleh memeriksa data penggunaan dan menerima makluman jika penggunaan lebih tinggi daripada biasa atau ada sebarang kebocoran yang menjejas mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >