Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA kecewa atas dakwaan ahli politik India berkaitan 'varian S'pura'

May 20, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam meluahkan rasa "kecewa" seorang tokoh politik India seperti Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal gagal untuk mengesahkan fakta sebelum membuat dakwaan mengenai "varian baru" Covid-19 yang kononnya terdapat di Singapura.



Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata ia "kesal kenyataan tidak berasas" yang dibuat di Facebook dan Twitter oleh Encik Kejriwal, yang pada Selasa lalu mendakwa bahawa "varian Singapura" sangat berbahaya kepada kanak-kanak dan dapat mencetus gelombang jangkitan ketiga di India.



"MFA telah menemui Pesuruhjaya Tinggi India P. Kumaran pagi ini (semalam) untuk menyatakan kebimbangan ini," kata seorang jurucakap MFA.



Dalam satu kiriman di Twitter, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pula merujuk kepada catatan asal Encik Kejriwal dan berkata: "Ahli politik harus berpegang pada fakta! Tidak ada 'varian Singapura'."



Dr Balakrishnan juga merujuk kepada pautan sebuah artikel pada 11 Mei di jurnal sains Nature, yang menjelaskan bagaimana varian virus seperti B1617 telah berleluasa di India sebelum menular ke sekitar 40 negara, termasuk Singapura.



Menteri Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar pula menghantar tweet kepada Dr Balakrishnan untuk menjelaskan bahawa Encik Kejriwal "tidak berucap bagi pihak India".



"Singapura dan India telah menjadi rakan kongsi yang kuat dalam memerangi Covid-19," tulis Dr Jaishankar.



"(Kami) Hargai peranan Singapura sebagai hab logistik dan pembekal oksigen. Langkah mereka menggunakan pesawat tentera untuk menolong kami memaparkan hubungan kami yang luar biasa.



"Namun, komen tidak bertanggungjawab daripada mereka yang sepatutnya lebih mengetahui boleh merosakkan hubungan baik yang telah dipupuk sejak sekian lama ini."



Memberi respons di Twitter, Dr Balakrishnan mengucapkan terima kasih kepada Dr Jaishankar atas penjelasan itu.



"Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha menghuraikan situasi di negara masing-masing dan membantu satu sama lain.



"Tiada orang yang selamat sehingga semua orang selamat," kata Dr Balakrishnan.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar India, Encik Arindam Bagchi juga mengirim tweet untuk mengatakan bahawa Encik Kumaran telah menjelaskan kepada MFA bahawa Encik Kejriwal "tidak memiliki keupayaan untuk bercakap mengenai varian Covid atau dasar penerbangan awam".




"Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha menghuraikan situasi di negara masing-masing dan membantu satu sama lain. Tiada orang yang selamat sehingga semua orang selamat."
- Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dalam dua catatan berasingan di Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >