Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA keluarkan nasihat perjalanan ke Belgium, gesa warga berwaspada

Jul 19, 2016 | 09:18 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) sangat menasihatkan warga Singapura yang hendak pergi atau tinggal di Belgium supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi keselamatan diri mereka.



Dalam satu notis perjalanan yang dipapar di laman webnya pada Isnin (18 Julai), MFA berkata rakyat Singapura perlu memantau berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.



"Warga Singapura harus sentiasa berhati-hati dan jika boleh, elakkan berada di tempat sesak, perhimpunan awam, dan kawasan operasi polis sedang dijalankan. Mereka juga perlu membeli insurans perjalanan menyeluruh dan biasakan dengan syarat-syarat dan liputannya," kata notis itu.



Pada masa ini, Paras Ancaman Pengganasan Nasional Belgium kekal tiga daripada paras tertinggi empat, yang menunjukkan ancaman besar dan mungkin berlaka di negara itu.



Bulan lalu, polis Belgium menahan 12 suspek dalam satu serbuan antipengganasan besar. Suspek merancang menyerang kawasan sesak di Brussels semasa perlawanan bola sepak pada hujung minggu. Operasi polis yang menyasarkan operasi pengganas dijangka berterusan.



Belgium dalam keadaan waspada tinggi selepas beberapa serangan maut baru-baru ini di Eropah, termasuk serangan lori maut di Nice pada Hari Bastille.



Perdana Menteri Belgium, Encik Charles Michel, berkata Jumaat lepas (15 Julai) keselamatan akan dipertingkat bagi sambutan hari kebangsaan akan datang negara itu pada 21 Julai.



MFA berkata warga Singapura digalak mendaftar dalam talian (eRegister) dengannya di https://eregister.mfa.gov.sg/ supaya ia dapat menghubungi mereka jika perlu.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Brussels atau Pejabat Bertugas Kementerian Luar Negeri (24 jam) di:



- Kedutaan Republik Singapura di Brussels



85 Avenue Franklin Roosevelt, 1050 Brussels, Belgium



Telefon: +32 2 660 2979



E-mel: consvc@mfa.sg



- Pejabat Bertugas (24 jam) MFA



Tanglin, Singapura 248.163



Tel: +65 6379 8800/8855



E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >