Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: Laporan bahawa Singapura setuju Indonesia ambil alih urus ruang udara tidak tepat

Nov 26, 2015 | 11:24 AM



SINGAPURA menyifatkan sebagai tidak tepat satu laporan dalam CNN-Indonesia pada Rabu (24 Nov) yang menukil seorang menteri kabinet Indonesia berkata republik itu tidak mempunyai bantahan terhadap hasrat Indonesia menguruskan seluruh ruang udaranya, dan Singapura menyokong hasratnya mengambil alih ruang udara itu dalam tempoh tiga hingga empat tahun.


Laporan tersebut berkaitan lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri (DPM) Singapura, Encik Teo Chee Hean, ke Jakarta dari 23 hingga 25 Disember.


Dalam respons kepada pertanyaan media, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata dalam satu kenyataan pada Khamis (26 Nov):


"Laporan itu tidak tepat. DPM Teo tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Perkara berhubung Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) timbul semasa majlis jamuan malam yang dihos oleh Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan Luhut Pandjaitan pada 23 November 2015.


"DPM Teo tidak, dan tidak mungkin bersetuju mengenai isu besar seperti itu dalam satu perbincangan tidak rasmi singkat semasa jamuan malam."


Jurucakap MFA juga berkata pentadbiran FIR bukan isu kedaulatan. Ia berdasarkan pertimbangan operasi bagi menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara berkesan, dengan keutamaan paling tinggi diberi pada keselamatan penerbangan.


Menurutnya, DPM Teo menekankan bahawa ia adalah isu teknikal dan operasi rumit di bawah naungan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan melibatkan pelbagai negara lain serta syarikat penerbangan yang menggunakan ruang udara sibuk yang diliputi oleh FIR itu.


"Perkara ini ditekan lagi oleh DPM Teo dalam mesyuarat dengan beberapa pemimpin Indonesia semasa lawatan DPM Teo ke Jakarta dari 23 hingga 25 November 2015, termasuk Menteri Penyelaras Luhut Pandjaitan dan Menteri Luar Retno Marsudi, apabila isu FIR itu dibangkitkan.


"Para pemimpin Indonesia mengiktiraf bahawa pengurusan ruang udara bagi tujuan teknikal dan operasi bukan isu kedaulatan.


"Mereka juga bersetuju bahawa kebimbangan paling utama harus mengenai keselamatan, kecekapan dan kelancaran operasi FIR.


"Terdapat banyak contoh di mana ruang udara wilayah sebuah negara diurus oleh pihak berkuasa trafik udara di negara lain.


"Sebagai contoh, Indonesia juga menyediakan perkhidmatan trafik udara di ruang udara yang dimiliki oleh negara-negara lain," kata jurucakap MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >