Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihat rakyat SG tinggalkan Ukraine

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura yang berada di Ukraine dinasihatkan supaya segera meninggalkan negara itu secepat mungkin, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar kelmarin.



"Ketegangan terus memuncak di Ukraine dan wilayah sekitarnya," kata kenyataan itu.



"Memandangkan keadaan sekarang, rakyat Singapura di Ukraine dinasihati agar meninggalkan negara itu secepat mungkin menerusi cara komersil selagi masih boleh berbuat demikian."



Singapura tidak mempunyai misi diplomatik di Ukraine.



Oleh itu, "tiada jaminan" MFA dapat membantu rakyat Singapura di Ukraine untuk meninggalkan negara berkenaan sekiranya konflik meletus, tambahnya.



Rakyat Singapura yang berada di Ukraine diminta segera mendaftar dengan MFA, jika belum berbuat demikian.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA yang berkhidmat sepanjang masa di talian +65 6379 8800/8855.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >