Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihat tangguh lawatan ke Maldives

Feb 07, 2018 | 05:42 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) telah mengeluarkan nasihat pelancongan untuk warga Singapura yang akan ke Maldives agar menangguhkan perjalanan mereka ke negara itu.



MFA mengeluarkan kenyataan tersebut setelah pemerintah negara di kepulauan Asia Selatan itu mengisytiharkan keadaan darurat selama 15 hari bermula Isnin lalu.



"Pasukan keselamatan telah ditempatkan di Male akibat perkembangan politik yang sedang berlangsung," kata MFA.



"Memandangkan keadaan tidak stabil di Maldives, rakyat Singapura dinasihatkan agar menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Maldives sehingga keadaan bertambah stabil."



MFA menambah bahawa Singapura tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Maldives, justeru membatasi keupayaannya memperluas bantuan konsular dalam keadaan darurat.



Bagi rakyat Singapura yang sedang berada di sana, MFA menasihatkan mereka agar mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga keselamatan diri mereka, termasuk memantau rapat berita terkini dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.



"Anda harus mengelakkan ke tempat berlakunya bantahan dan perhimpunan awam yang besar. Anda juga perlu membeli insurans perjalanan yang komprehensif dan memahami segala syarat dan perlindungannya," kata MFA.



MFA juga menggesa warga Singapura agar mendaftar perjalanan percutian mereka menerusi khidmat eRegister kementerian itu dan terus berhubung dengan keluarga dan rakan semasa berada di sana.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA melalui e-mel di mfa_duty_officer@mfa.gov.sg atau hubungi nombor talian +656379- 8800/8855.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >