Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihat warga timbang semula keperluan pergi ke Ankara, Istanbul

Jul 21, 2016 | 09:13 AM



WARGA Singapura dinasihatkan supaya menimbang semula keperluan perjalanan tidak penting ke Ankara dan Istanbul berikutan siri serangan pengganas baru-baru ini di Turkeyi, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam notis perjalanan terbarunya.



Turjey dilanda beberapa serangan pengganas di Ankara dan Istanbul dari Januari hingga Jun lalu.



Pada 28 Jun, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul diserang oleh tiga pengebom bunuh diri, mengakibatkan sekurang-kurangnya 42 orang maut dan ramai cedera.



Pada 7 Jun, bom kereta di Istanbul membunuh 11 orang.



Selain serangan pengganasan, terdapat satu percubaan rampasan kuasa tentera pada 15 Julai, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 232 kematian dan 1,400 orang cedera.



"Memandangkan perkembangan ini, rakyat Singapura harus menimbang semula keperluan perjalanan tidak penting ke Ankara dan Istanbul pada masa ini," kata MFA dalam notis yang dikeluarkan pada Rabu (20 Julai).



Warga Singapura juga dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan ke kawasan sempadan antara Turkey dan Syria kerana keadaan keselamatan tidak menentu berkaitan konflik yang sedang berlaku di Syria, katanya.



MFA berkata warga Singapura yang melancong atau tinggal di Turkey perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan peribadi mereka, termasuk memantau berita tempatan dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.



Ia juga menggesa warga Singapura supaya sentiasa berhati-hati ketika melawat tempat pelancongan popular dan apabila boleh, elakkan kawasan sesak, perhimpunan awam dan tempat terkenal dengan demonstrasi.



MFA juga menasihatkan warga Singapura supaya membeli insurans perjalanan menyeluruh dan membiasakan diri mereka dengan syarat-syarat dan liputan insurans itu.



Warga Singapura amat digalak mendaftar dalam talian (eRegister) dengan MFA supaya mereka boleh dihubungi mengikut keperluan semasa.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Ankara atau Pejabat Bertugas MFA (24 jam) di:



Kedutaan Republik Singapura di Ankara



Yildizevler Mahallesi



719, Sokak No 5, Cankaya



Ankara 06550



Tel: + 90 530-066-7311



E-mel: singemb_ank@mfa.sg



Pejabat Bertugas MFA (24 jam)



Tanglin, Singapura 248163



Tel: +65 6379-8800/8855



E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >