Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA nasihati warga S'pura tangguh lawatan ke Sri Lanka

Apr 22, 2019 | 07:37 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) telah mengeluarkan nasihat perjalanan menggesa warga Singapura menangguhkan lawatan yang tidak perlu ke Sri Lanka berikutan beberapa serangan bom yang berlaku di gereja dan hotel mewah di sana semalam.



Seramai 290 orang terkorban dan lebih 500 cedera akibat serangan tersebut. Pemerintah Sri Lanka telah mengisytiharkan keadaan darurat bermula tengah malam Isnin.



"Jika anda sedang berada di Sri Lanka, anda dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil segala langkah yang perlu bagi keselamatan peribadi anda, termasuk memantau berita dan mengikuti arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan," menurut nasihat tersebut.



Ia menambah bahawa warga Singapura di sana harus "menghubungi keluarga dan teman-teman agar mereka tahu anda selamat".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >