Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: Penduduk SG tidak boleh masuk Indo di bawah Laluan Hijau Timbal Balik dan sebaliknya

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura tidak boleh memasuki Indonesia di bawah aturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), setelah Indonesia mengenakan larangan sementara bagi semua warga asing untuk memasuki negara tersebut.



Begitu juga sebaliknya, orang ramai tidak boleh memohon untuk melakukan perjalanan dari Indonesia ke Singapura di bawah laluan RGL Singapura-Indonesia itu semasa tempoh larangan tersebut mulai semalam hingga 14 Januari.



Pemerintah Indonesia telah memaklumkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura bahawa sekatan itu turut dikenakan ke atas warga asing yang melawat Indonesia di bawah semua Aturan Koridor Perjalanan (TCA) Indonesia, kata seorang jurucakap MFA semalam.



"Oleh itu, penduduk Singapura tidak boleh pergi dari Singapura ke Indonesia di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL)/TCA semasa tempoh itu," kata jurucakap itu.



Pada 28 Disember lalu, Indonesia telah mengumumkan larangan sementara bagi semua warga asing untuk memasuki negara itu mulai hari ini hingga 14 Januari.



"Memandangkan ciri timbal balik aturan perjalanan ini, pengunjung juga tidak boleh memohon melakukan perjalanan dari Indonesia ke Singapura di bawah RGL/TCA Singapura-Indonesia semasa tempoh ini," kata jurucakap itu lagi.



Namun, individu yang sudah pun menerima kelulusan memasuki Singapura di bawah aturan tersebut boleh terus berbuat demikian.



Dalam perkembangan lain, mulai Isnin ini, semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura atau transit di sini.



Langkah itu bermula 11.59 malam esok, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam, menyusuli laporan jenis Covid-19 yang lebih mudah berjangkit dan menular di Afrika Selatan.



"Untuk mengurangkan penularan ke Singapura, kami melaksanakan sekatan sempadan baru bagi pelawat dari Afrika Selatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata MOH.



Sekatan itu akan turut berkuat kuasa ke atas mereka yang telah mendapat kelulusan memasuki Singapura sebelum ini, kata kementerian itu lagi. Buat masa ini, pelawat yang telah ke Afrika Selatan perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.



Warga Singapura dan penduduk tetap yang pulang ke Singapura dari Afrika Selatan pula perlu mengambil ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) setibanya di Singapura di permulaan SHN mereka. Ujian itu tidak perlu diambil oleh warga atau PR yang hanya transit di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >