Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: Rakyat S'pura dinasihati dari melawat atau kekal di Iraq dan Iran

Jan 09, 2020 | 07:52 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura menasihati rakyat Singapura dari melawat atau kekal di Iraq dan Iran disebabkan keadaan keselamatan yang semakin tidak menentu di sana.



Dalam kenyataannya dikeluarkan malam Rabu (8 Jan), MFA melahirkan keprihatinan mengenai ketegangan yang meningkat di Timur Tengah dan sedang meneliti keadaan di sana.



Ia berkata bahawa terdapat keperluan mendesak bagi semua pihak melaksanakan daya kawalan maksimum dan meredakan ketegangan bagi berdialog dan menjalankan diplomasi bagi menghuraikan perbezaan.



Pada 7 Januari, Iran melancarkan serangan peluru berpandu terhadap markas udara menempatkan tentera Amerika Syarikat dan tentera bersekutu di Iraq. Ia berikutan bagi membalas dendam kematian komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani, dalam serangan dron Amerika Syarikat di Iraq.



"Memandangkan keadaan keselamatan yang tidak menentu, khususnya di Iraq dan Iran, rakyat Singapura dinasihati dari mengunjungi atau kekal di kedua negara itu (Iran dan Iraq). "Singapura tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Iraq dan Iran yang menyekat keupayaan memberikan bantuan konsular dalam keadaan kecemasan,'' kata MFA, dalam kenyataannya.



Rakyat Singapura yang bercadang melawat atau sudah pun berada di Timur Tengah digalak untuk mendaftar secera elektronik dengan MFA, memantau berita setempat, mematuhi nasihat pihak berkuasa setempat dan membuat persediaan yang perlu.



Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat MFA yang dibuka 24 jam di talian +65 6379 8800/8855 atau e-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >