MFA: Seorang rakyat Singapura dikeluarkan dari Palu dengan selamat , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MFA: Seorang rakyat Singapura dikeluarkan dari Palu dengan selamat

Sep 29, 2018 | 09:47 PM

PEMERINTAH Singapura melahirkan ucapan takziah kepada Indonesia, keluarga yang kehilangan orang yang tercinta serta mereka yang terjejas dengan gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, Indonesia pada 28 September 2018.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya mengucapkan rasa simpati kepada keluarga yang terjejas dengan gempa bumi dan tsunami yang menjejas Sulawesi Tengah pada 28 September,'' kata Presiden Halimah Yacob dalam suratnya kepada Presiden Indonesia Joko Widodo.

"Kami bersama rakyat Indonesia dalam tempoh sukar ini.''

Dalam suratnya kepada Presiden Jokowi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa  dukacita yang amat mendalam di atas gempa bumi dan tsunami yang melanda Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah.

"Singapura bersedia menghulurkan bantuan bagi menyokong usaha menyelamat yang sedang dijalankan Indonesia,'' kata PM Lee.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Saya yakin Indonesia akan pulih dengan pantas dan kukuh dari tragedi ini.'' katanya. 

Sementara itu, Kementerian Luar (MFA) menyatakan Kedutaan Singapura di Jakarta telah berhubung dengan seorang rakyat Singapura di Palu.

Ia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengeluarkan individu itu dengan selamat dari Palu.

Rakyat Singapura yang berada di Sulawesi Tengah dan kawasan berdekatan dinasihati untuk mengambil langkah keselamatan, memantau berita tempatan dan mendengar nasihat pihak berkuasa.

Bagi yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh hubungi kedutaan di Jakarta di +62-811-863-348 atau pegawai MFA yang bertugas 24 jam di +65-6379-8800/8855.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map