Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MFA: S'pura ambil pendekatan berprinsip, halang aliran senjata ke Myanmar

Kenyataan susuli laporan Pelapor Khas PBB yang sahkan tiada tanda-tanda S'pura terlibat dalam penghantaran senjata kepada tentera Myanmar
May 20, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengambil pendirian berprinsip menentang penggunaan kekerasan yang membawa kepada maut oleh tentera Myanmar terhadap orang awam yang tidak bersenjata dan telah berusaha untuk menghalang pengaliran senjata ke Myanmar, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Kenyataan MFA itu adalah sebagai respons kepada soalan yang diajukan media mengenai laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Tom Andrews, mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar.



Laporan tersebut menyatakan bahawa tiada tanda-tanda yang menunjukkan Singapura meluluskan atau terlibat dalam penghantaran senjata dan alat berkaitan kepada tentera Myanmar.



Ia juga mengatakan pemerintah Singapura melarang pemindahan senjata ke negara tersebut.



Melahirkan penghargaan terhadap usaha Encik Andrews menghasilkan laporan khas itu, jurucakap MFA berkata:



"Kami menghargai usaha Pelapor Khas memberikan maklumat untuk membantu siasatan Singapura terhadap sama ada sebarang kesalahan dilakukan di bawah undang-undang Singapura.



"Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau entiti yang melanggar undang-undang kami."



Jurucakap tersebut menambah bahawa pemerintah Singapura komited menyediakan bantuan kemanusiaan demi menyokong penduduk Myanmar.



Ia juga akan terus bekerjasama dengan negara-negara Asean lain dan PBB untuk memudahkan keamanan dan perdamaian nasional di Myanmar.



Negara anggota Asean itu dibelenggu kemelut politik dan konflik ganas sejak 2021 apabila kuasa tentera atau junta merampas kuasa daripada pemerintahan Cik Aung San Suu Kyi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >