Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Acara Protect Singapore Townhall tidak perlu permit

Jul 26, 2022 | 06:06 PM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengesahkan tiada permit diperlukan bagi acara Protect Singapore Townhall yang diadakan baru-baru ini.


Polis juga menerima beberapa laporan polis berkaitan acara itu, tetapi tidak akan mengambil tindakan terhadap penganjur, kata seorang jurucakap MHA.


“Kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak penganjur kerana tiada kesalahan jenayah dilakukan,” jelasnya.


Acara tersebut yang diadakan di Singapore Expo pada 23 Julai lalu dan dihadiri lebih 1,200 orang, bertujuan menggesa perlindungan bagi keluarga dan perkahwinan berhubung Seksyen 377A. 


Seksyen itu, yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah, sedang dilobi agar dimansuhkan oleh sesetengah pihak.


Dalam kenyataannya pada Isnin (25 Julai), jurucakap MHA berkata pihak penganjur acara itu telah memohon permit daripada polis untuk mengadakan acara tersebut.


Namun, polis telah menilai bahawa permit tidak diperlukan kerana ia acara peribadi.


MHA menambah: 

“Setiap orang, termasuk kumpulan agama, berhak mempunyai pandangan mereka mengenai perkara berbeza, termasuk isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), dan boleh menyatakan pandangan mereka selagi mereka tidak memburukkan mana-mana kumpulan orang, dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >