BAHAS BELANJAWAN 2016
MHA akan pinda akta untuk pertingkat usaha perangi jenayah siber
KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan meminda Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber (CMCA) demi menangani isu jenayah siber yang bersifat merentasi sempadan dan mengikuti taktik penjenayah siber yang berubah-ubah.
Dalam ucapannya di Parlimen semalam, Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Lee, berkata trend jenayah siber kini semakin meningkat, dengan jumlah kes penipuan dalam talian melibatkan e-dagang, kredit bagi seks, dan penipuan cinta Internet telah meningkat hampir seganda dari 2014 hingga tahun lalu.