Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA akan tumpu kadar bentan pesalah bagi tempoh 5 tahun: Josephine

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mengalihkan tumpuannya daripada memantau kadar kebentanan bekas pesalah dalam tempoh dua tahun kepada lima tahun, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, semalam.



Tujuan bagi peralihan dalam tumpuan tersebut adalah untuk menekankan kepentingan melebihi pemulihan segera bekas banduan setelah dibebaskan kepada memastikan perjalanan bekas banduan berintegrasi semula dalam jangka panjang terjamin.



Mengulas lanjut dalam ucapannya di Sidang Puncak Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE) yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Cik Teo berkata:



"Sementara kadar kebentanan dua tahun kita telah merosot secara berterusan - sesuatu untuk diraikan - kadar kebentanan lima tahun belum menyaksikan kemajuan begitu banyak."



Berkongsi perangkaan, Cik Teo mendedahkan bahawa walaupun kadar kebentanan dua tahun bagi kohort terbaru yang dibebaskan pada 2019 adalah 20 peratus - paling rendah dalam tiga dekad - kadar kebentanan lima tahun bagi kohort yang dibebaskan pada 2016 adalah 41 peratus.



Ini bermakna hampir separuh bekas pesalah kembali ke penjara dalam tempoh lima tahun, yang menurut Cik Teo, "satu keprihatinan yang wajar menerima lebih banyak perhatian".



Cik Teo akui bahawa program-program yang dijalankan kini, yang antaranya mempersiapkan bekas pesalah untuk dunia pekerjaan, memberi golongan ini permulaan yang baik dalam perjalanan mereka pulih dan integrasi semula.



Namun, lebih banyak perlu dilakukan untuk membantu mereka melangkah lebih jauh, termasuk dalam mengekalkan motivasi mereka menjauhi jenayah, mengekalkan pekerjaan yang menguntungkan, rangkaian sosial dan hubungan keluarga yang sihat.



"Justeru kita harus bekerjasama rapat untuk menguatkan lagi ekosistem sokongan yang tersedia bagi bekas pesalah dan keluarga mereka dalam masyarakat, supaya dapat melanjutkan dan memperkukuh pemulihan mereka," katanya.



Beliau memuji usaha Rangkaian CARE dalam membantu banduan dan bekas pesalah mengemudi perjalanan pemulihan dan integrasi semula mereka di tengah-tengah cabaran yang timbul disebabkan pandemik.



Cik Teo menambah bahawa ia juga penting untuk membantu rakan Rangkaian CARE untuk membina kemahiran yang betul.



Tahun ini, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) akan melanjutkan peluang latihan kepada lebih ramai relawan penjagaan setelah pembebasan. Dalam pada itu, akses kepada latihan juga akan diperluaskan menerusi pelbagai wadah pembelajaran seperti webinar.



Rangkaian CARE akan melancarkan repositori sumber bagi sektor penjagaan setelah pembebasan, supaya rakan boleh berkongsi kajian penyelidikan, panduan dan bahan pembentangan. Repositori ini akan dilancarkan lewat tahun ini, kongsi Cik Teo.



LAPORAN SELANJUTNYA: 17 tahun bebas dadah hasil kasih sayang keluarga




"Sementara kadar kebentanan dua tahun kita telah merosot secara berterusan - sesuatu untuk diraikan - kadar kebentanan lima tahun belum menyaksikan kemajuan begitu banyak... Justeru kita harus bekerjasama rapat untuk menguatkan lagi ekosistem sokongan yang tersedia bagi bekas pesalah dan keluarga mereka dalam masyarakat, supaya dapat melanjutkan dan memperkukuh pemulihan mereka."
- Cik Josephine Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >