Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Ancaman bom Sekolah Menengah Evergreen palsu, namun perlu dipandang serius

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN ancaman bom yang dilaporkan di Sekolah Menengah Evergreen pagi kelmarin didapati palsu, ancaman keselamatan sebegini harus dipandang secara serius, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



"Penting untuk mempunyai protokol keselamatan dan melaksanakan rancangan krisis secara tetap," kata MHA dalam hantaran Facebook pada petang kelmarin.



Kenyataan itu dibuat menyusuli laporan kakitangan sekolah di Woodlands itu yang memberitahu tentang ancaman bom di sekolah berkenaan kepada polis sekitar 7.40 pagi.



Namun, pihak polis mengesahkan ia palsu selepas menjalankan pemeriksaan terperinci di perkarangan sekolah itu.



Seorang remaja lelaki sedang membantu polis dalam siasatan.



MHA menasihati orang ramai agar kekal bertenang dan merujuk hanya pada sumber maklumat rasmi atau boleh dipercayai apabila memberi respons kepada krisis.



Ini adalah bagi memastikan maklumat yang salah, yang boleh menyebabkan panik yang tidak perlu, tidak tersebar, katanya.



MHA berkata:



"Sebagai sebahagian daripada gerakan SGSecure, pihak Home Team bekerjasama dengan rakan kerjasama masyarakat untuk mempertingkat keupayaan kesediaan melalui kecemasan, khususnya bagi serangan pengganas.



"Kita semua boleh mainkan peranan untuk bersedia bagi serangan ini sebagai sebuah masyarakat."



Menjawab pertanyaan media, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pelajar dan kakitangan dilatih tentang apa yang boleh dilakukan dalam tempoh kecemasan keselamatan, sama ada di sekolah atau di luar premis sekolah.



"Kesemua sekolah mempunyai struktur kecemasan sekolah dan prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi respons pada kecemasan, untuk memulihkan dan mengembalikan situasi seperti biasa," kata MOE.



Sekolah juga mengendalikan latihan kecemasan dengan kerjasama polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sekurang-kurangnya dua kali setahun.



"Latihan ini disejajarkan dengan prinsip 'lari-sembunyi-beritahu', yang menangani situasi ancaman keselamatan," tambah MOE.



Awal daripada itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, turut memaklumkan perkara ini di Facebook kelmarin.



"Polis segera bertindak dan menjalankan pemeriksaan teliti di kawasan sekolah tersebut," ujarnya, yang mengucapkan terima kasih kepada polis atas tindakan segera mereka.



Tambahnya, kakitangan dan pelajar sekolah itu kekal tenang dan mengikut protokol seperti yang dirancang. Ibu bapa turut dimaklumkan menerusi aplikasi Parents Gateway agar tidak menghantar anak mereka ke sekolah.



"Guru juga sedang memeriksa dengan pelajar mereka tentang kesejahteraan mereka sementara kaunselor sekolah bersiap sedia membantu mana-mana pelajar jika perlu," kata Encik Chan.




"Sebagai sebahagian daripada gerakan SGSecure, pihak Home Team bekerjasama dengan rakan kerjasama masyarakat untuk mempertingkat keupayaan kesediaan melalui kecemasan, khususnya bagi serangan pengganas.

Kita semua boleh mainkan peranan untuk bersedia bagi serangan ini sebagai sebuah masyarakat."

- Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >